Inspirasi Dhia

Kasihnya bapa…ikat anak dalam plastik seberang sungai

Oleh  | 

INI ialah realiti yang kita kena ketahui. Tak semua sempat memiliki kemudahan yang selesa seperti struktur jalan yang baik, jambatan untuk menyeberang sungai atau sistem pengairan yang terancang. Jadi, suka atau pun tidak, para penduduk yang berada di kawasan sebegini kena fikir beribu satu cara untuk terus hidup.

Ini adalah sebuah kisah menyentuh hati di sebuah kampung bernama In Huoi, Vietnam apabila para ibu bapa akan memasukkan anak mereka ke dalam plastik. Kemudian mereka akan berenang untuk ke seberang demi menghantar anak mereka ke sekolah.

Sebenarnya, memang si ayah ada buat jambatan buluh supaya semua orang boleh guna untuk menyeberang. Tapi, tiba-tiba musim hujan melanda menyebabkan air sungai mendadak naik dan menghanyutkan jambatan yang sedang dibina.

Namun, mengenangkan anak-anak di sana sangat bersemangat untuk ke sekolah. Jadi, mereka memikirkan cara iaitu dengan meletakkan anak mereka di dalam beg plastik dan berenang. Tak mengapa tubuh mereka basah asalkan anak mereka selamat dan selesa untuk belajar dalam baju yang kering.

Namun, apa yang dilakukan oleh mereka ini boleh mengundang bahaya apabila anak-anak ini mungkin mati lemas sebab tiada udara. Sebab itulah si ayah akan berenang selaju mungkin memastikan keselamatan anak mereka.

Dulu, mereka ada juga menggunakan bot kecil dan rakit namun keadaan jeram yang kecil telah menyukarkan penggunaan pengangkutan itu.

Walaupun dah menyeberang sungai, anak-anak ini masih tetap perlu berjalan jauh untuk sampai ke sekolah. Oleh sebab banyak jalan yang licin semasa hujan lebat, ramai yang berhenti untuk datang ke sekolah bila tiba musim hujan.

Para penduduk masih berharap pihak kerajaan mereka untuk melakukan sesuatu. Di sisi yang lain, kita dapat lihat walaupun hidup di daerah terpencil dan miskin, anak-anak ini tetap ingin ke sekolah. Bukan itu sahaja, ibu bapa pun sanggup melakukan apa sahaja agar cita-cita anak mereka tercapai.

Sumber: Hypevirals

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my