Oh-Oh-Tee-Dee

Kasut ala-ala mi segera ini tak boleh kena air panas la kan?

Oleh  | 

SELAIN daripada banyak sale dekat mall, hujung tahun juga adalah masa yang dinanti apabila banyak jenama antarabangsa yang akan mengeluarkan design terbaharu produk mereka. Antara yang menonjol ialah rekaan yang dikeluarkan oleh jenama mewah Bottega Veneta.

Jenama terkenal Itali ini nampaknya baru sahaja meluncurkan koleksi pra-musim gugur tahun 2020 menampilkan sentuhan tersendiri untuk aksesori dan kasut.

Baca juga: Kerana percaya kepada harapan, lelaki ini tekad mulakan sukan scuba untuk OKU

Tapi apa yang lucunya ialah, ada juga berpendapat kasut rekaan jenama terkenal itu lebih kurang sama macam mi segera. Cuba korang tengok sendiri.

Sandal yang diberi nama macramé ini direka dengan gaya yang santai dan manis dengan design menutup kaki. Cuma warnanya yang kuning dan coklat muda membuat ramai orang merasakan ia seperti mi segera dengan hanya sekali pandang.

Berikut adalah antara komen netizen yang buat korang geli hati! Adoi, macam-macam.

Tak kisahlah macam mi atau tak. Kalau cantik, mesti akan ada sahaja orang yang beli. Lagipun siapa tahu memang pereka dia ambil inspirasi daripada mi segera, kan? Cuba bayangkan kalau betul kasut ini diperbuat daripada mi, mesti tak boleh kena air panas. Nanti kembang. Hiks!

Sumber: KOMPAS

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my