Serious?!

“Kau masih lagi macam ni” Babak helikopter Sufian buat netizen menyampah

Oleh  | 

PENYANYI yang mendapat gelaran persembahan terbaik semasa AJL 33 yang lalu iaitu Sufian Suhaimi telah melancarkan single baharunya semalam.

Lagu yang bertajuk Mencuba itu adalah hasil ciptaanya sendiri bersama-sama Zynakal. Bukan itu sahaja, beliau turut melancarkan video muzik agar mesej lagu tersebut dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Video lagu berdurasi 4 minit itu bagaimanapun mengundang perhatian orang ramai terutamanya babak Sufian menaiki helikopter bersama kekasihnya.

 

Ramai yang menduga Sufian seakan-akan bernostalgia dengan kisah lalunya.

Tidak hanya dengan itu, ada juga yang tak berapa selesa denga muzik video ini dan beranggapan Sufian masih belum boleh move on dari kisah cintanya yang lalu.

Tak tahulah kan. Mungkin tak sengaja kot. Tapi kalau dengar betul-betul memang lagu ni bercerita tentang seseorang yang dah mencuba sedaya upaya tapi tetap tak mencapai hajat yang diinginiya. Macam apa yang Sufian tulis dekat kapsyen dia.

“Sebuah tulisan buat mereka yang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya, atau dalam apa pun. If it’s meant to be, it will be. Stay strong, stay blessed. Life is beautiful,”

Apapun, sis dah duk ulang-ulang dengar lagu ni. Not bad juga. Kalau korang tak layan sangat muzik video tu just dengar lagu dia je mesti korang pun rasa macam sis. Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my