Serious?!

“Kau tu yang macam budak-budak sebab ‘judge’ fizikal orang….,” Gadis ini lantang bersuara tentang ‘face shaming’

Oleh  | 

TIAP-TIAP hari mesti ada je cerita-cerita menarik yang akan tular dari mana-mana media sosial. Tak perlu jadi selebriti pun untuk famous sekarang ni betul tak? Kali ini Dhia nak share satu story yang Dhia tengok dekat twitter baru-baru ini. Pemilik akaun twitter yang bernama @frhaniey_ telah memuat naik beberapa buah gambar tentang face shaming yang dialami oleh sahabatnya sendiri.

“My friend selalu kena face shaming dengan budak lelaki. The boys take it as a joke. And they said lebih kurang macam “alah gurau sikit pon nk sentap, macam budak-budak”. Kau tu yang macam budak-budak sebab judge fizikal orang and fikir tu adalah joke semata mata,” 

Tweet ini telah mendapat 9121 retweet dan 4364 likes di twitter. Menurut pemilik akaun ini, dia menjelaskan tiada siapa pernah minta untuk dapat fizikal yang memalukan. Zaman sekarang ni orang  memang suka bergurau tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Kadang-kadang sebab gurauan tu juga boleh buat seseorang tu rasa rendah diri dan malu dengan diri sendiri. Maybe korang just berniat untuk bergurau tapi korang kena tahu limit korang juga.

If kita ni somebody sekalipun, kita memang tak ada hak untuk judge fizikal orang lain. Fikir dulu sebelum keluarkan kata-kata. Kita belum tahu nasib kita macam mana lagi so jangan simply judge dan rendahkan orang lain okay?

Pemilik akaun twitter ini juga berpesan melalui tweet nya, jangan pernah sesekali menilai rupa paras dan penampilan walaupun hanya untuk tujuan bergurau. Kita tak akan tahu apa bakal terjadi selepas itu. Mungkin dia boleh terima atau mungkin dia rasa macam korang jatuhkan dia. So beware. Perkara-perkara macam ni juga lah boleh mendorong untuk jadi depresi tau.

Tweet ini juga telah menarik perhatian netizen untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka tentang body shaming di ruangan komen.

FOTO: Twitter @frhaniey_

 

FOTO: Twitter @frhaniey_

 

FOTO: Twitter @frhaniey_

 

FOTO: Twitter @frhaniey_

Rupanya ramai je orang yang ada pengalaman kena body shaming ni ek? Ish, ish, ish… kita sesama manusia patutnya lebih faham dalam menjaga sensitiviti antara satu sama lain. So, janganlah lemparkan kata-kata negatif yang boleh mengundang depresi. Tak baik tau, next time fikir dahulu sebelum berkata-kata okey!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my