Kolaborasi

“Kawan cakap muka saya berjerawat bulat macam kismis,” gadis ini berubah flawless tanpa make up!

Oleh  | 

TANYALAH sesiapa pun, keinginan untuk memiliki wajah yang flawless dan indah dipandang adalah impian semua orang. Bayangkan kita bangun dan melihat wajah kita di cermin tanpa ada jerawat dan cela langsung. Bukan itu sahaja, wajah kita pula semakin berseri walaupun tanpa solekan. Kedengaran indah, bukan?

Namun, kita tak boleh menafikan setiap kulit wajah mempunyai masalah tersendiri. Sebab itulah ada di antara kita yang bergelut setiap hari memikirkan cara terbaik untuk menghapuskan cela di kulit wajah kita. Yelah, mesti kita tak confident bila bertemu orang dengan kulit berjerawat. Mesti mata mereka akan memandang kita. Itu belum lagi yang level mak cik bawang sibuk bertanya dan menyindir wajah kita. 

Begitulah antara situasi yang sering dihadapi Nurul Ezzah beberapa bulan lepas. Ezzah mempunyai masalah kulit wajah yang selalu ditumbuhi jerawat besar. 

“Kawan-kawan dekat tempat kerja cakap muka saya berjerawat bulat-bulat macam kismis. Benda tu memalukan dan buat keyakinan diri saya makin rendah. 

“Saya pernah rasa down sampai tak nak keluar rumah. Walaupun saya cuba tutup dengan foundation, tapi orang boleh nampak jerawat dekat muka saya. Saya pernah batalkan  event dan seharian duduk dekat rumah sebab masalah kulit wajah saya,”

Ezzah adalah pembaca Dhia yang bertuah kerana telah memenangi peraduan yang pernah kami anjurkan dekat Instagram kami. Kami telah membawa Ezzah ke DC Clinic untuk rawat masalah kulit wajahnya dengan bantuan pakar di klinik ini. Teruja betul dia!

Ezzah dah pergi beberapa sesi dan perlahan-lahan banyak perubahan dapat dilihat pada wajahnya. 

“Hari ini saya buat treatment, esok tu dah ada orang tegur muka berseri dan lagi cantik.Lepas melakukan rawatan dekat klinik ini, muka saya rasa lebih segar dan cerah. Keyakinan diri saya pun makin bertambah. 

Secara jujur saya cakap, saya dah tak keluar pakai make up sebab saya dah yakin dengan kulit wajah saya,”

Seronok bila dapat tolong orang sekeliling kami terutama sekali untuk pembaca website kami. Bak kata orang, gadis yang kuat dan bijak adalah gadis yang saling bantu membantu antara satu sama lain. Agak-agaknya siapa pula yang akan dapat pengalaman macam Ezzah ini di masa mendatang ya?

Ha, korang kenalah selalu tengok update terkini kami dan layan je artikel kami dekat website. Mana tahu, korang adalah pemenang untuk peraduan kami di masa mendatang.

Apapun, kami juga nak ucapkan terima kasih kepada DC Clinic atas layanan dan rawatan yang disediakan. Ha, kalau korang pun nak memiliki wajah yang halus mulus, korang boleh check it out Instagram DC Clinic . Dah cantik nanti kongsi la gambar di Instagram Dhia. Jangan lupa pergi tau!

Geng Berita baik untuk korang! Buat yang dah tak sabar-sabar nak buat treatment tu, boleh segera ke DC Clinic di Bangsar sebab ada promo best untuk Pico Laser + PRP 20ml + LED Mask hanya dengan harga RM1800 berbanding harga sebenar RM 3280. 

Jadi apa lagi pergi lah serbu DC Clinic Bangsar!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my