Inspirasi Dhia

Kawan kamu tiba-tiba ada kanser: ‘how to react’?

Oleh  | 

MENDAPAT khabar sahabat baik atau saudara dekat kamu menghidap kanser atau penyakit kronik seperti leukemia atau kanser, sememangnya meluluhkan. Apatah lagi jika teman kamu itu baru sahaja terketar menerima slip diagnosis daripada doktor. Dapat kamu bayangkan?

FOTO: Greatist.com

Jika kita yang mendengar khabar pun boleh sedih, apatah lagi tuan punya badan. Kita mungkin tak mampu membantu banyak dari sudut kewangan dan sebagainya, tetapi tentu kita mahu berkata sesuatu yang nice dan tidak mengecilkan hati mereka, kan?

Jadi, apa yang hendak dibualkan? Macam mana nak bagi reaksi?

 

Tunggu keadaan yang sesuai

Jika kamu putuskan untuk berbual dengan dia tentang sakit yang dihidapinya, kamu perlu timbangkan beberapa perkara.

Pertama kamu perlu lihat keadaannya terlebih dahulu. Tidak semua yang menerima diagnosis kanser kuat menerima khabar yang diberikan doktor. Semuanya bergantung pada pengalaman dan kekuatan penghidap itu sendiri.

via GIPHY

Ada sesetengah penghidap kanser kekal tenang, kuat dan dapat menerima keadaan diri mereka; jika kawan kamu sebegini maka wajarlah untuk kamu mulakan bicara dengannya.

Jika kawan kamu berada dalam keadaan tak menentu, tidak dapat menerima keadaan dan masih bersedih; kamu perlukan sedikit masa lagi supaya biarkan dia tenang terlebih dahulu.

 

Apa yang perlu, apa yang tak boleh

Apa-apapun yang kamu pilih untuk bualkan dengan teman kamu yang sedang bersedih, pilihlah untuk bualkan sesuatu yang manis dan menyenangkan.

Paling mudah, beritahu mereka apa yang kamu rasa. Adakah kamu sentiasa terfikirkan keadaan dirinya? Luahkan. Adakah kamu peduli tentangnya? Luahkan. Adakah kamu bersimpati dengannya? Beritahu dia. Ini beberapa perbualan yang boleh kamu mulakan:

  • Saya sentiasa ada jika awak nak cakap apa-apa
  • Kalau awak perlukan apa-apa pertolongan, cari saya!
  • Ada sesiapa yang awak nak saya hubungi?
  • Saya mungkin tak rasa apa yang awak lalui, tapi saya sanggup berkongsi kepayahan dengan awak

Ada dalam keadaan, mungkin kamu terlalu mencuba untuk katakan sesuatu yang menyenangkan, tetapi akhirnya kamu terperangkap dalam kata-kata kamu sendiri. Tetapi cuba elakkan daripada berbual perkara-perkara seperti berikut:

  • Jangan lebih banyakkan cerita tentang diri kamu atau apa-apa yang kamu lalui. It’s not about you. Beri perhatian kepada orang yang tepat. Bukan perhatian tertumpu kepada kamu.
  • Jika dia tidak mahu (atau tidak bersedia) untuk bercerita apa-apa tentang kesakitannya, kamu tidak boleh memaksa. Beri dia sedikit masa, sehingga dia benar-benar bersedia.
  • Kadang-kadang terlalu positif juga tidak bagus untuk si pesakit. Ya, takdir memang takdir, tetapi ungkapan seperti “Lagi teruk kalau…”, “Nasib baik awak bukan stage 4” ialah ungkapan-ungkapan yang tidak membantu.
  • Hindarkan daripada mengungkapkan kata-kata yang kamu fikir membantu, tetapi sebenarnya tidak seperti “jangan risau”, “semuanya akan okay” atau “cheer up

Sumber:   VeryWellHealth

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my