Inspirasi Dhia

Kaya dan cantik? Jom tengok apa fakta tentang bilionair termuda, Kylie Jenner

Oleh  | 

BARU-BARU ini syarikat Forbes sudah mendedahkan antara senarai personaliti paling kaya di dunia. Namun, beauty with the brain bernama Kylie Jenner nampaknya telah tersenarai sebagai satu-satunya individu yang menempa nama dalam produk aliran kosmetik, Kylie Cosmetics.

Bukan itu sahaja, dengan memiliki jumlah aset melebihi USD 1 bilion, Kylie sekali gus telah mengalahkan Mark Zuckerberg yang sebelum ini menyandang gelaran billionaire termuda dalam sejarah! Bravo!

Tidak kalah sensasi dan ‘hot’ kalau nak dibandingkan dengan darah dagingnya yang lain seperti Kim, Khloe, Kourtnet dan Kendal. Ini beberapa perkara tentang Kylie yang mungkin korang tak tahu.

Selalu ponteng

FOTO: ABC News

Oleh sebab Kylie selalu sibuk dengan urusan pekerjaan, Kylie selalu tak dapat hadir ke kelas. Jadi, mereka pun belajar di rumah. Sebab itulah apabila Kylie lulus High School pada tahun 2005, ibunya mengadakan parti besar-besaran untuknya.

3 rumah berharga jutaan dolar

FOTO: Dailymail

Bukan satu, bukan dua tapi tiga rumah yang berharga jutaan dolar milik Kylie di kawasan perumahan elit di Los Angeles. Dia juga duduk berjiran dengan Jennifer Lopez dan Miley Cyrus di Hidden Hills.

Dalam rumah tersebut ada sebuah bilik yang dipanggil Boys room yang dilengkapi dengan koleksi majalah Playboy.

Bijak dan bijak

FOTO: Wmagazine

Kylie adalah gadis yang pandai menggunakan peluang yang ada. Selain dari mengusahakan empayar Kylie Cosmetics, dia juga mempunyai kontrak dengan syarikat seperti Puma, rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian, busana jenama Kendall dan beberapa iklan lain.

Sebab itulah Kylie tersenarai sebagai antara 100 selebriti yang mendapat bayaran mahal dengan jumlah pendapatan  41 juta dolar setahun.

Tulis buku

Bukan itu sahaja, nampaknya Kylie juga pernah menjadi penulis dan menghasilkan sebuah buku bertajul Rebels: City of Indra. Namun, buku itu nampaknya tidak terkenal dan mendapat ulasan buruk daripada pembaca.

Sentimental

Selain itu, Kylie juga adalah orang yang sangat menghargai peminatnya. Dia akan menyimpan barang-barang pemberian peminatnya. Buktinya, casing phone Iphone yang selalu digunakannya adalah daripada pemberian peminatnya.

Apapun, memang gempak la Kylie!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my