Serious?!

Kebakaran Australia! Apa yang korang perlu tahu

Oleh  | 

KORANG mesti pernah dengar tentang kebakaran hutan di tanah Australia yang menjadi sejarah diantara bencana alam yang paling teruk didunia!

Sudah banyak gambar tersebar di social media, dimana kebakaran ini telah berlaku dan telah membahayakan penduduk di sana. Bencana ni juga melibatkan banyak nyawa haiwan terancam akibat habitat mereka habis musnah dijilat api.

Foto:The New York Times/Matthew Abbott

Korang tahu tak bencana ni meragut hampir dua ratus nyawa pada tahun 2009. Dan lebih kurang 900 ratus buah rumah telah musnah akibat kebakaran. Tragedi ini telah pun berlaku berbulan lamanya dan pada awal Disember, tahap asap teruk yang menebal diukur sehinggakan 11 kali merbahaya.

Apa puncanya?

Setiap tahun di negara itu akan berlaku musim panas dan pada masa yang sama, musim kebakaran. Oleh sebab itu, ia menjadi punca penyebab mengapa kebakaran mudah berlaku.

Kebakaran ini bukan berpunca daripada manusia, ia sebenarnya berpunca daripada kesan sesetengah kawasan berhutan yang disambar petir . Petir kering atau dry lightning menyebabkan pecikan api dan kebakaran pun turut berlaku.

Foto:www.kcrw.com

Kenapa keadaan semakin teruk?
Keadaan di Australia semakin teruk kerana pada bulan Disember merupakan waktu yang paling kering pernah direkodkan dan ditambah pula dengan heatwave yang teruk sehingga mencatat rekod suhu tinggi mencecah lebih 40 darjah Celsius.
Disebabkan angin yang bertiup kuat, ia menambahkan lagi kekuatan dan kelajuan api untuk merebak dan meragut nyawa penduduk di Australia.
Hasil kerugian akibat musnah dijilat api
Mengikut sumber,  seluruh bandar musnah dijilat api dan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal. Dijangkakan lebih kurang 1,300 tempat perlindungan masing-masing musnah dan lebih 400 mengalami kerosakkan yang teruk.
Kebakaran di Australia ini telah memusnahkan lebih kurang 3.6 million hektar tanah, 1.2 million hektar kawasan Barat Australia , 784,000 hektar di kawasan Victoria dan sekurang-kurangnya 250,000 hektar kawasan di Queensland, dan lebih daripada 91,000 hektar kawasan musnah di Selatan Australia!

Foto: The New York Times/Matthew Abbott

Ini bererti secara keseluruhan lebih daripda 5.9 hektar kawasan di Australia telah musnah dijilat api! Banyak pihak berkuasa dari negara luar telah memberikan bantuan untuk mengawal keadaan api. Banyak juga pihak berkuasa seperti Tentera Darat, Tentera Udara, dan Tentera Laut di hantar untuk memberi bantu keselamatan kepada mangsa kebakaran.

Foto:www.rte.ie

Keadaan musim kebakaran di tanah Australia ini dijangka akan berterusan sehinnga February.
Sumber:CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my