Serious?!

Kebenaran terjawab! Mahkamah putuskan kematian Adib sebab jenayah, bukan dilanggar

Oleh  | 

RAMAI yang ternanti apakah keputusan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang juga seorang anggota bomba yang terkorban akibat rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman tahun lalu.

Pelbagai spekulasi telah timbul sepanjang perbicaraan kes beliau. Namun keputusan inkues hari ini nampaknya berpihak kepada beliau apabila mahkamah mengumumkan punca kematian anggota polis malang itu adalah sebuah perbuatan jenayah dan bukannya dilanggar seperti yang dikatakan beberapa pihak sebelum ini.

Keluarga Adib yang hadir di perkarangan Mahkamah Shah Alam hari ini boleh menghela nafas lega serta bersyukur atas keputusan ini. Namun, mereka bagaimanapun tidak berhenti di sini dan terus berharap agar suspek yang membunuh Adib diheret ke muka pengadilan.

Menurut Mahkamah Koroner, suspek dikatakan terdiri daripada dua orang atau lebih dan masing-masing individu yang tak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul di mana ia membabitkan kira-kira 20 hingga 30 lelaki berbangsa India.

Bukan itu sahaja, Rofiah turut merumuskan kegagalan polis dan pasukan FRU mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Sumber: Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my