Serious?!

Kecoh bila kucing buat ‘catwalk’ kalah model! Letopzzz

Oleh  | 

JANGAN gosok mata kamu! Ini bukan cerita palsu macam janji-janji kekasih kamu itu.

Tular di internet baru-baru ini video seekor kucing dikatakan telah melulu masuk ke atas pentas peragaan semasa Esmond International Fashion Show yang di adakan di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku  ketika model-model berkenaan sedang berjalan, seekor kucing tiba-tiba naik dan melakukan “catwalk” yang sebenar. Kucing itu seolah-olah sedang mengajar model-model berkenaan untuk berjalan sepertinya.

Bukan itu sahaja, gelagat kucing berkenaan dilihat bersenang-senang di atas pentas peragaan dan sesekali mengusik model yang sedang berjalan turut mencuit hati hadirin yang hadir.

FOTO: The Dodo

Kejadian itu telah mencuri perhatian orang ramai yang mula memandang gelagat kucing berkenaan berbanding baju yang diperagakan model-model berkenaan.

Menurut Hakki Ali yang merupakan seorang pereka fesyen untuk jenama Goksen, tiada siapa yang sedar kehadiran kucing berkenaan. Namun motifnya cukup jelas iaitu untuk mendapatkan perhatian para pengunjung.

 

View this post on Instagram

 

Ahahahahahah #catwalk #real #vakkoesmod

A post shared by H (@hknylcn) on

Berseloroh memikirkan apakah kucing itu akan mempunyai masa depan yang cerah di dalam industri fesyen. Hakki Ali  tidak menyangkalnya.

“Haha, mungkin, kenapa tidak,” katanya berseloroh.

Para penganjur dipuji kerana tidak bertindak menghalau kucing berkenaan. Video tersebut telah mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tercuit hati dengan keletah kucing berkenaan.

 

Sumber: The Dodo

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my