Serious?!

Kecoh! Rupanya lelaki ini mohon RM144 ribu bayar yuran universiti sebab…

Oleh  | 

KECOH di laman sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki bernama Irfan Khir meminta sumbangan di laman Twitter bagi mengumpul wang membayar tunggakan yuran pembelajarannya di Universiti Zagazig, Mesir. Jumlah wang yang diinginkan bukan sedikit, tetapi keseluruhannya berjumlah USD 36,000 kira-kira RM144,OOO bagi membolehkan lelaki ini bergraduasi pada Mac 2020.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana Irfan boleh menyambung ke semester yang seterusnya jika gagal melunaskan yuran tertunggak pada sesuatu semester. Tweet berkenaan kemudian menjadi viral dan bermacam-macam respon diberikan netizen mengenai isu itu. Ini pula jawapan Irfan.

Ingatkan boleh mohon biasiswa

Irfan datang ke Mesir dengan bantuan agensi kononnya boleh minta bantuan pinjaman dan biasiswa selepas setahun. Namun pemohonan membuat pinjamannya selepas keputusan tahun pertama di universiti tidak berjaya.

Keluarga alami masalah kewangan

Sejak keluarganya mengalami masalah kewangan sejak tahun ketiga pengajian, yuran mula tertunggak. Irfan katanya pernah memohon lagi bantuan zakat dari negeri Perak, Kedah dan Selangor. Namun tidak menjadi.

Bahan bukti

Ada juga netizen yang meragui Ifran. Makan lelaki itu sempat berkongsi keputusan peperiksaanya.

Memang boleh sambung belajar walau yuran tak bayar

Rupanya sistem dekat universiti itu memang jenis yang kalau yuran tak bayar, korang masih boleh ambil peperiksaan dan teruskan pengajian. Cuma pihak universiti akan sekat sijil yang lagi melecehkan lagi proses membuat pinjaman.

Jual apam balik

Irfan pun ada jual apam balik. Tapi itupun masih belum mampu nak bantu dia untuk tampung duit yuran sebab mata wang Mesir rendah. Lagipun kerja dekat Mesir adalah tak dibenarkan kecuali kalau berniaga sendirian.

Begitulah ceritanya. Setakat jan 5 pagi tadi, Irfan berjaya mengumpul RM 12 ribu. Apapun, semoga urusannya dimudahkan.

Kita semua kena ambil iktibar dari kisah Irfan ini. Nak mohon pinjaman pun bukan mudah rupanya. Jangan ambil risiko yang besar kalau kita tidak mampu tau! Tak nak la susahlan ibu ayah yang dah tua tapi masih bayar hutang. Kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my