D-Life

Kedai buku terpakai sekitar Kuala Lumpur yang korang kena pergi!

Oleh  | 

SETELAH penat sepanjang dengan kerja dan pelajaran pada weekdays, why not korang luangkan masa untuk membaca buku. Untuk ulat buku yang sememangnya suka mengumpul koleksi buku, korang boleh pergi ke kedai-kedai buku terpakai yang ada di sekitar Kuala Lumpur ini. Kat sini Dhia nak share dengan korang senarai kedai-kedai buku terpakai yang ada di sekitar Kuala Lumpur ini. Check it out!

1.  Kedai Buku Jumbo Station

FOTO: Daniel Chan

Kedai buku ini merupakan satu inisiatif dari Pertubuhan Parents Without Borders (NGO) untuk mengumpulkan dana bagi membantu ibu-ibu tunggal di negara ini. Kedai ini menyediakan satu ruang untuk meletakkan buku-buku terpakai yang didermakan oleh orang ramai. Buku-buku terpakai yang dijual di kedai ini hanyalah serendah RM5 untuk sebuah buku, RM8 untuk 2 buah buku dan RM10 untuk 3 buah buku. Murah teruk!

Address: The School
Jaya One
72A Jalan Universiti
Petaling Jaya
46200
Opening hours: Daily, 10.30am-8pm

 

2. Kedai Buku Book Centre

FOTO: Hizwan Hamid

Kedai buku yang diberi nama Kedai Buku ini terletak di Ground Floor Pasar Seni. Kedai buku ini diusahakan oleh Mr Velu dan adiknya. Dibuka sejak tahun 1986, kedai ini sememangnya terkenal dengan susunan bukunya yang tinggi hingga ke siling kedai. Buku-buku yang terdapat dalam kedai ini kebanyakannya seperti majalah lama, novel-novel Melayu lama dan novel-novel klasik bahasa Inggeris. Perhidmatan sewa buku juga disediakan di kedai ini.

Address: Ground floor
Central Market
Jalan Hang Kasturi
Kuala Lumpur
50050
Opening hours: Daily, 10am-9pm
3. Junk Bookstore
Junk Bookstore merupakan salah satu kedai buku terpakai yang paling panjang di Kuala Lumpur. Konsep kedai buku ini juga boleh dikira menarik kerana ada vibe klasik dan vintage gitu. Kebanyakan orang yang datang ke sini bukan sahaja membeli buku, boleh juga ootd di sudut-sudut kedai yang sememangnya mempunyai decorasi yang wow. Semua genre buku boleh didapati kat kedai ni tau.
Address: 78 Jalan Tun HS Lee
Kuala Lumpur
50050
Opening hours: Mon-Fri, 8.30am-5pm; Sat, 8.30am-2pm

 

4. Book X-Change @ Boardgame Depot

Walaupun kebanyakan kedai-kedai buku terpakai lain tidak dapat bertahan lama, kedai buku ini berjaya mengekalkan kewujudan kedai ini selama hampir 20 tahun, Kini, Book X-change telah bergabung dengan Boardgame Depot menjadi satu kedai. Buku-buku di kedai ini boleh disewa dengan harga serendah RM6 ataupun boleh terus dibeli dengan harga diskaun yang tidak masuk akal. Apa tunggu lagi pergi serang kedai buku ni cepat!

Address: 16A
Lorong Ara Kiri 3
Lucky Garden
Kuala Lumpur
59100
Opening hours: Thu-Sun, 12noon-8.30pm

 

So kalau korsng seorang ulat buku dan tak kisah baca buku-buku terpakai jangan lupa datang ke kedai-kedai yang Dhia sediakan ni okey?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my