Serious?!

Kejam! Eksperimen paling teruk didunia

Oleh  | 

TIDUR merupakan satu keperluan yang amat penting bagi seorang manusia. Kenapa tidur tu penting? Sebab our body need rest dan supaya kita boleh bekerja, belajar dan sebagainya dengan sempurna.

Pernah tak korang terfikir kalau kita semua tak tidur apa akan jadi pada kita semua? Maybe persoalan ini menjadi satu punca curiosity yang tinggi oleh beberapa orang researcher di Russia selepas perang dunia ke dua.

via GIPHY

Daripada curiosity yang tinggi bertukar kepada satu reality. Teori ini telah pun menjadi satu konspirasi terbesar di dunia yang menyatakan, pada awal tahun 1940-an, beberapa orang researcher di negara besar Rusia, menjalankan satu eksperimen berkaitan dengan tidur.

Pelbagai kajian berkaitan dengan tidur masih lagi dijalankan dalam pelbagai bentuk dan cara yang berbeza, untuk bertujuan lebih memahami keadaan minda dan juga fizikal manusia.

Sekumpulan pengkaji ini dikatakan menguji satu bahan gas yang sepatutnya dapat membuang rasa mengantuk dan keinginan untuk tidur daripada manusia.

Untuk menguji  keberkesanan dan ketahanan gas tersebut, researcher decided to test kepada 5 orang yang dikatakan pada ketika itu, political prisoners. Researchers kurung these 5 political prisoners dalam satu ruang yang agak besar dan bilik tersebut mempunyai beberapa fungsi yang boleh digunakan  oleh sekumpulan researchers tu untuk perhatikan behaviour dorang.

Di dalam ruang itu, mempunyai keperluan yang sederhana seperti, dried foods, water, blankets dan buku. Kelima-lima orang tersebut di berikan dua syarat untuk diorang follow iaitu, dilarang tidur selama 30 hari dan ini adalah merupakan syarat paling utama dan dilarang mencederakan ahli-ahli yang lain.

Pada 5 hari pertama, semua tahanan masih lagi kelihatan normal. Suddenly, masuk hari ke enam masing-masing mula bertindak pelik dan conversation antara diorang dan mula berubah menjadi semakin pelik. Mereka mula bersikap suspicious antara satu sama lain.

Researcher beritahu kepada semua tahanan itu, ada satu jenis gas yang disalurkan ke dalam ruang tersebut. Pada hari ke 9, salah seorang daripada mereka mula menjerit secara tiba-tiba selama tiga jam tanpa henti. Bila keadaan tiba-tiba senyap, lelaki tersebut masih berada dalam keadaan yang menjerit.

Researcher check microphone masih lagi berfungsi. Rupa-rupanya k0tak suara atau vocal cord dah pecah. Tahanan itu jerit sampai bisu! Seorang lagi mula menjerit tanpa henti, diikuti seorang lagi berbisik sambil memegang kertas. Tiga hari kemudian, all the subjects mula berdiam diri.

Pada hari ke 15, researcher inform untuk membuka pintu dan memasuki bilik tersebut. Mereka mendapati, hanya 4 orang sahaja yang masih lagi hidup, dan tahanan mula menjerit. Keadaan fizikal sangat teruk akibat daripada mereka mengoyakkan kulit diri sendiri and eat it!

Researcher ni decided untuk keluarkan dorang dari bilik tersebut. Akan tetapi, diorang semua tak nak. Diorang mintak gas tu disalurkan semula ke dalam ruang itu. Tiga tahanan dikeluarkan daripada bilik tu dan seorang lagi mati akibat pergelutan untuk tak nak keluar daripada ruang tersebut.

via GIPHY

Operation dijalankan kepada salah seorang daripada tahanan itu dan beliau menjerit “keep cutting!”. Ketiga-tiga masih berkeras meminta gas tersebut. Selepas experiment tersebut gagal, ketiga-tiga tahanan dikembalikan ke dalam ruang tersebut dan gas tadi disalurkan ke dalam ruang tu.

Amazingly, ketiga-tiga tahanan mula bertenang dan salah seorang daripada mereka, baring ke atas katil dan pejamkan mata buat kali terakhir. Researcher masuk ke dalam bilik tersebut. Kedua-dua tahanan yang masih tinggal mula memarahi researchers tersebut. Akhirnya Researcher terpaksa menembak salah seorang daripada mereka, dan bertanya kepada tahanan yang terakhir, “what are you?”

Prisoners yang terakhir tu memberikan satu mesej yang agak deep tentang kekejaman manusia yang membuatkan researcher itu terdiam. Akhirnya tahanan terakhir mati ditembak oleh researcher tersebut. Ramai yang tidak dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran tentang urban legend ni dan dikatakan semua dokumen-dokumen yang ada telah dihapuskan.

So what do you guys think? Adakah ini hanya sebuah cerita legenda atau kisah benar yang disorokkan kebenarannya?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my