Serious?!

Kejam! Perempuan paling ngeri

Oleh  | 

HELLO girls! Haritu sis ada share dekat korang pasal serial killer lelaki kan? So today sis nak share pembunuh bersiri perempuan pulak. Yes girls, perempuan pun ada tau! Siapa sangka selembut-lembut wanita kan? ha jangan main-main. So siapa  diorang ni semua dan apa yang telah mereka lakukan? Jom tengok top 5 ni.

Aileen Wuornos

Setiap serial killer ada sejarah hitam yang tersendiri. Sejarah tersebut yang membentuk diri mereka menjadi seorang yang tidak mempunyai simpati dalam diri dan terhadap orang lain. So apa yang menyebabkan Aileen membunuh seramai 7 orang? Beliau menuduh semua mangsanya cuba untuk merogolnya ketika beliau sedang bekerja sebagai seorang pelacur.

Juana Barraza a.k.a The Old Lady Killer

Beliau mempunyai koleksi mangsa yang agak pelik apabila lebih gemar membunuh orang tua wanita. Dikatakan lebih kurang 48 wanita yang berwarga emas menjadi mangsa Juana. Modus operandi beliau adalah, beliau akan memukul dan mencekik mangsa menggunakan senjata  lalu, merompak barang berharga mangsa. Setelah berjaya ditangkap, The Old Lady Killer, dijatuhi hukuman penjara selama 759 tahun. Bagi sis, tak cukup lama tu.

Jane Toppan

Lepas dengar pasal ni pasti korang rasa takut nak pergi hospital. Jane Toppa merupakan seorang nurse yang membunuh seramai 31 mangsa. Beliau akan membunuh mangsa dengan mencampurkan ubat-ubatan dan bahan kimia. Selepas membunuh mangsa, beliau akan cuba memastikan mangsa mengambil dos ubat atau bahan kimia yang berlebihan. Selepas berjaya ditangkap, beliau diputuskan sebagai seorang yang tidak siuman, maka Jane Toppan tidak bersalah! Ish.

Kristen Gilbert

Kristen merupakan seorang yang nurse di sebuah hospital. Beliau sengaja digelar ‘The Angel Of Death’ oleh rakan-rakannya apabila banyak yang dikatakan mati ketika beliau sedang merawat pesakit tanpa mengetahui hal yang sebenar. Kristen biasanya akan menyuntik mangsanya dengan cecair yang sepatutnya membantu mangsa cardiac arrest secara rahsia, walaupun mangsa tidak mempunyai sebarang tanda-tanda. Cecair tersebut juga boleh triggered cardiac arrest apabila  disalahguna.

Beliau kemudian memanggil emergency team untuk membantu mangsa dan tidak semena, mangsa sekali lagi disuntik dengan cecair tersebut dan terus membunuh mangsa. Motif Kristen Gilbert melakukan pembunuhan ini adalah disebabkan untuk menarik perhatian kekasihnya yang merupakan ketua sekuriti di hospital tersebut. Ketua sekuriti wajib hadir di emergency room ketika sebarang hal emergency berlaku.

Sara Aldrete

Beliau merupakan seorang teacher yang cemerlang. Setelah dikenalkan kepada seorang cult leader,beliau berubah dan mula dera dan membunuh mangsa bagi tujuan melengkapi upacara menyembah syaitan. Upacara tersebut membabitkan organ manusia dan daging-daging dimasak dan dimakan oleh ahli-ahli yang lain.

Korang kalau ada rasa macam tak kena atau suka benda-benda ganas ni pergi jumpa psychiatric sekarang!

Jom baca serial killer lelaki pulak!

https://www.dhia.com.my/5-pembunuh-bersiri-lelaki-yang-digilai-oleh-wanita/

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my