Dhia Glam

Kek terbalik di perkahwinan Aiman-Zahirah dapat perhatian dunia!

Oleh  | 

TAHNIAH buat pasangan yang cukup cantik dan kacak ini dan selamat pengantin baru sis ucapkan! Baru-baru ini Malaysia dimeriahkan dengan perkahwinan dua selebriti dari dunia hiburan.

Jika dilihat, perkahwinan ini sememangnya cukup cantik ibarat dunia fantasi! Selain dari itu, perkahwinan  mereka ini cukup unik kerana dihiasi kek yang diinspirasikan dari lampu chandelier.

Baru-baru ini tular perkahwinan Zahirah dan Aiman dimana majlis itu dihiasi dengan sebuah kek bertingkat yang diterbalikkan.

Kek tersebut berada dalam keadaan tergantung dan apabila kita lihat, memang menakjubkan dan tidak pernah dibuat orang!

Tambahan lagi, disebabkan bertapa uniknya kek perkahwinan mereka ini sehinggakan mendapat perhatian dimata dunia!

Zahirah sendiri menyatakan perkara tersebut dalam profile instagram nya dan turut disokongi oleh suaminya Aiman Hakim.

Perkara ini turut menjadi liputan oleh beberapa pihak media antarabangsa seperti Fox News, China Press,Wedding Wire India dan beberapa lagi negara lain.

Foto:www.foxnews.com

Sis rasa ini buat pertama kali perkahwinan selebriti Malaysia yang mendapat perhatian media antarabangsa. Wow cayalah!

Bukan itu sahaja, kek perkahwinan mereka  menjadi fenomena dan trending di Twitter dimana ramai yang menyatakan hebat dan unik.

Foto:www.news18.com

Mengikut profil Instagram milik Zahirah, dia menyatakan suaminya mengonsikan beberapa tangkapan skrin menyatakan terdapat banyak juga artikel-artikel yang ditulis mengenai keunikkan kek perkahwinan mereka.

Semoga pasangan ini terus kekal berbahagia. Sis pun nak kahwin dah ni nak kek kahwin berbentuk kipas siling lah! Korang pula?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my