Be-You-Ty

Kekal awet muda dengan tidur yang cukup

Oleh  | 

SEMUA nak cantik tapi ramai yang terlepas pandang yang sebenarnya tidur tu merupakan satu langkah yang penting untuk mengekalkan kecantikkan  diri mahupun dalaman atau luaran!

Mengikut satu sumber, ada kajian yang menunjukkan purata kebanyakkan manusia hanya tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Belum kira lagi yang tidur tidak lena dan mereka yang mengalami masalah insomnia.

Keadaan ini membuktikan ramai yang diantara kita mendapatkan tidur yang tidak berkualiti langsung. Sebenarnya, kita harus tidur dalam 8 jam sehari barulah cukup untuk kita menjadi produktif pada keesokan harinya.

Mengikut seorang ahli dermatologi dan pengarang buku Dirty Looks daripada New York, menyatakan apabila kita tidur, hormon stress yang dinamakan kortisol akan menurun dan hormon melatonin akan meningkat naik.

Dengan itu, kulit kita pun akan merubah kepada lebih baik kerana kita memberi peluang kepada tubuh untuk berehat dan melakukan penambahbaikan. Bukan itu sahaja, apabila kita mnedapatkan tidur yang cukup, kulit akan membaiki kerosakkan yang dialaminya.

Tambahan lagi, ketika kita tidur kulit akan mengambil kesempatan untuk melakukan pembaharuan dan penumbuhan sel kulit pun cepat semasa kita tidur. Dengan ini, kita akan kekal awet muda!

via GIPHY

Mengikut sumber juga, dengan tidur yang cukup merupakan sama seperti proses pemyembuhan dan kolagen baru akan terhasil. Dengan itu, ia mampu untuk melawan segala kedutan yang ada. Memang betul lah orang tua-tua sering berkata, tidur lewat cepat tua!

Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan beauty sleep ni tau. Antara kelebihan yang korang dapat adalah, rambut akan kelihatan lebih cantik dan sihat, tona kulit turut menjadi sekata, risiko untuk penumbuhan jerawat dan jeragat juga turut berkurang!

via GIPHY

Oleh sebab itu, pastikan korang mendapatkan tidur yang cukup dan jangan pula hanya fokus kepada rutin penjagaan kulit sahaja!

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my