D-Life

Kekal sihat, 4 waktu terbaik untuk minum masak

Oleh  | 

MINUM air merupakan satu perkara yang paling penting bagi manusia. Setiap manusia memerlukan lebih kurang dua liter air dalam badan setiap hari. Kalau korang perasan, bila kita minum air yang cukup, kita akan merasa lebih segar dan banyak jugak kelebihan yang kita boleh dapat hanya daripada minum air yang cukup.

Daripada minum air yang cukup jugak lah dapat membantu korang untuk kulit cantik, badan yang segar, pelancaran membuang “hajat” dan macam-macam lagi lah.

Tapi penting jugak untuk korang tahu bila waktu yang paling sesuai untuk minum air. So, tanpa membuang masa lagi meh sini sis bagitahu korang 4 timing paling terbaik untuk korang minum air.

Selepas Bangun Tidur

Perkara pertama yang korang kena buat bangun dari tidur adalah, minum air suam sebanyak dua gelas. Tak gosok gigi dulu pun tak apa.

Korang tau tak, amalan ni dapat bantu aktifkan korang punya organ dalaman. Campuran saliva dengan air suam tu dapat bantu bersihkan badan secara natural dan korang punya digestion pun akan bertambah baik!

Sebelum Makan 

Apa kata korang amalkan minum air suam 30 minit sebelum makan. Dengan amalan ni, korang punya proses penghadaman tu akan menjadi lebih baik dan dapat control selera makan! Perut pun akan cepat kenyang dan portion korang makan pun tak  lah berlebihan. Sesuai sangat la siapa yang kawal pemakanan tu.

Sebelum Mandi

Sebelum korang masuk bilik air dan mandi, pastikan korang minum segelas air. Sebab, ia dapat menurunkan tekanan darah dan membuatkan korang lebih rasa selesa. Tak percaya? Try la dulu!

Sebelum Tidur

Pastikan satu jam sebelum korang tidur, minum dulu segelas air masak. Percaya atau tak, benda ni dapat bantu korang elak daripada terkena penyakit stroke dan serangan jantung.

Hopefully, artikel ni dapat membantu korang jaga dan improve kesihatan korang dengan lebih baik! Psstt… Stau lagi sis nak kongsi ni, elakkan minum air dan terus tidur tau. Nanti bangun tidur eye bag seguni bawah mata. Jangan salahkan sis pulak.

 

 

 

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my