D-Life

Kekal sihat di hari raya, jangan makan tak ingat dunia!

Oleh  | 

Hello!So far macam mana hari raya korang? Dah berapa rumah korang kunjungi hari ini? Haa, bila dah berkunjung ke rumah orang mesti korang dihidangkan dengan juadah-juadah yang boleh buat kecur liur kan? Lagi-lagi selepas sebulan berpuasa. Mesti semua orang nak all out makan masa hari raya.

Namun, sambutan Aidilfitri memang setahun sekali. Tetapi ini tidak bermakna korang boleh redah sahaja semua perkara semasa raya lebih-lebih lagi bab makan. Juadah raya nanti memang confirm bukan makanan yang sihat walaupun lazat. Sebab tu korang kena kawal juga pemakanan korang walaupun ketika hari raya.

So, kali ini sis bermurah hati nak payung korang panduan makan secara sihat semasa hari raya. Bukan apa, risau bila kita makan tak ingat dunia masa raya nanti. Lepas raya mula lah mengadu baju tak muat lah, berat badan naik 5 kg lah. Haa, tak salah pun makan juadah raya tu cuma perlu berpada -pada juga ye.

Kalau boleh ambil lah makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Bila ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit baru lah boleh rasa semua juadah kan? Pilih makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan makanan yang kurang menggunakan santan, minyak dan lemak. Makanan-makanan yang mengandungi bahan-bahan ini lah yang jadi punca badan kita cepat naik. So, kurang-kurangkan lah ye.

Image result for eating ketupat

Foto: Pinterest

Selain itu, pilih makanan yang mengandungi serat yang tinggi supaya korang tidak mengalami sembelit. Ha, jangan lupa minum air putih juga. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi . Bila raya ni faham-faham lah semua makananan dan minuman yang disediakan tidak berapa sihat. So korang kena  minum air putih yang cukup supaya  tidak mengalami sembelit.

Selain rendang dan lemang, hadkan juga pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol. Kalau nak makan manis juga, banyakkan mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut ye. Makanan yang mengandungi garam yang tinggi seperti kerepek tu kurang-kurangkan lah. Sis faham bila hari raya, ini lah masa kita meraikan dengan juadah-juadah yang lazat. Takkan time raya orang lain makan sedap-sedap tapi kita makan sayur je kan. Tak salah pun menikmati juadah raya cuma korang perlu berpada-pada kerana bukan sebab berat badan naik sahaja, kesihatan badan pun perlu juga kita ambil peduli betul tak?

Image result for kuih raya

Foto: Vanillakismis

So rasa sikit-sikit dah la. Sekurang-kurangnya merasa lah juga kan. Jangan lupa bersenam juga tau. Ingat, kita perlu kekal sihat sentiasa. Jadi angan makan tak ingat dunia masa raya ni okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my