DhiaLova

Kekasih panas baran, bertahan atau tinggalkan?

Oleh  | 

DALAM kehidupan ini, kita pasti akan jumpa manusia yang mempunyai sifat baran. Tapi, ianya akan lebih menyedihkan jika manusia yang baran itu merupakan kekasih kita. Alamak!

Bila dah terlanjur sayang, kebanyakan daripada kita akan pejam mata sahaja bila pasangan kita melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati. Tak boleh macam tu tau. Kalau nak bahagia kena lah sama-sama bertoleransi dalam semua hal. Kalau diri kita je yang selalu mengalah dan makan hati, macam mana nak happy kan?

Daripada korang selalu makan hati, lebih baik korang ikut tips yang Dhia berikan untuk handle kekasih yang panas baran. Mana tahu cara ini berkesan untuk hubungan korang.

Bila kekasih korang dah mula marah-marah, korang perlu cari tahu apa punca yang boleh menyebabkan dia marah. Bila dah tahu puncanya, korang boleh elakkan diri dari melakukan perkara tersebut. Bila si dia dalam keadaan yang marah, sebaiknya korang hanya perlu berdiam diri sahaja. Bercakap ketika sedang marah lebih memburukkan keadaan. So sebaiknya diam sahaja dulu sehingga kemarahan pasangan korang tu reda okay? 

Satu lagi fakta yang perlu korang tahu, kebanyakan orang yang mempunyai sifat baran ini adalah seorang yang keras kepala dan degil. Kalau korang nak tegur pasangan korang yang baran tu, pastikan korang tegur dengan cara yang baik dan berhemah. Kalau dua-dua baran dalam masa yang sama memang tak akan kemana lah kan? Sampai bila-bila situasi akan kekal sama.

Sebenarnya, jalan yang terbaik untuk handle kekasih panas baran ni adalah dengan tidak mengambil serius trentang kemarahannya. Orang yang baran ni memang akan baran dengan semua perkara. Kalau korang dah tahu pasangan korang sejenis itu, lebih baik korang berdiam diri sehingga dia yang akan baik dengan sendirinya. Hari-hari nak pujuk pun penat juga kan? Lagi-lagi sebab perkara remeh.

BACA : ‘Take note!’ Ini cerita kenapa jangan ‘stay’ dengan lelaki baran dan kaki ‘control’

Bukan senang nak kawal kemarahan orang lain. Lebih-lebih lagi apabila si baran merasa attitude mereka betul dan tidak mengganggu sesiapa. Kalau kesemua tips di atas ini tidak berkesan, korang tinggalkan jelah pasangan korang tu. Dhia yakin mesti ada pasangan yang lebih ideal menanti korang di luar sana. Kalau mampu bertahan ikut tips di atas ini dan kena bersabar okay? 

Sebenarnya, apa yang penting dalam sebuah perhubungan adalah toleransi. Bila kedua-duanya boleh bersikap rasional dan bertoleransi, pasti perhubungan akan lebih damai dan tidak bermasalah. Pokok pangkalnya terletak kepada diri kita sendiri. Kalau nak jalinkan hubungan, mana boleh jadi selfish kan?

Korang yang suka baran-baran tu pun kena berubah juga tau. Cuba kalau situasi berbalik kepada diri kita, korang pun tak suka dimarahi selalu betul tak?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my