D-Life

Kelebihan menarik mempunyai kucing yang korang kena tahu

Oleh  | 

DALAM dunia ni ada dua kategori manusia. Yang pertama suka kepada kucing dan yang kedua pula takut kepada kucing. Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan menenangkan hati. Bayangkan setelah seharian korang penat dan pulang ke rumah, ada kucing datang kepada korang dan gesel pada korang. Tenang je rasa kan? Yang takut kepada kucing pula mungkin disebabkan pernah ada pengalaman pahit dengan kucing sehingga jadi fobia.

Tapi sebenarnya, banyak kelebihan mempunyai kucing yang korang tak tahu selama ni. Jom kita tengok kartun comel  kat bawah ni.

Kucing peneman setia ketika kita sakit.  Kucing memang akan kenal tuan yang menjaganya. Kucing seolah faham apa yang berlaku kepada kita. Contohnya ketika kita sedang sakit. Kucing akan datang dekat dan duduk dengan kita. Awww so sweet!

Kucing mengajar korang supaya tidak membuang masa kerana masa sangat berharga untuk kita.

Kucing mengajar kita untuk menghargai keindahan di dunia ini walaupun sibuk macam mana sekalipun.

Nak fokus dalam pelajaran atau kerja, buatlah bersama kucing korang. Keletahnya yang sering menganggu konsentrasi korang sebenarnya mengajar untuk lebih efisien dalam melakukan sesuatu.

Kucing sememangnya tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada saja “perubahan” yang berlaku di rumah kita setiap kali kita tinggalkan kucing di rumah betul tak? Tahu-tahu pasu dah bergerak ke tempat lain ataupun pecah. Ish-ish nasib baiklah comel!

Sebenarnya kucing menggalakkan kita untuk exercise. Aksinya yang lincah dan tidak duduk diam tu memang buat kita geram nak gomol kan.

 

Korang kena sentiasa bersedia bila korang mempunyai kucing. Kadang-kadang kita tak expect apa yang kucing akan lakukan. Walaupun biasanya kucing akan merosak atau menyakiti kita, tapi telatah itulah sebenarnya yang menenangkan kita.

Selain keletahnya yang mencuit hati dan bulunya yang comel, kucing juga mengajar kita untuk bersabar dalam melakukan sesuatu. Meow!

Sumber gambar: Lingvistov

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my