Serious?!

Keletah kucing yang mahu bersahur dan makan pakai tangan ini memang lucu!

Oleh  | 

AKSI seekor kucing yang ingin bersahur dan berbuka puasa di atas meja memang benar-benar membuat netizen geli hati.

Menurut pemilik akaun @bbyprincxss, kucing peliharaannya itu tidak akan berhenti mengiau jika tidak diundang untuk makan bersama-sama di atas meja.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mencuit hati ialah kucingnya yang berwarna hitam coklat itu juga sibuk nak makan guna tangan macam manusia! Haih, comel sungguh!

Menurut akaun twitter itu juga, kucing tersebut berjaya berpuasa setengah hari. Itupun setelah ia terbaring keletihan di atas katil.

Bukan itu sahaja, kucing tersebut turut berbuka puasa bersama-sama di atas meja. Kali ini dia keliru sama ada perlu minum atau makan dahulu.

Keletah comel kucing itu telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang beranggapan barangkali kucing ini terlupa yang dia bukan manusia.

Ada juga yang berseloroh menyatakan kucing itu mungkin akan mengikut mereka untuk pergi tarawih malam nanti.

Adoi, lucu betul kucing ni. Kalau kucing pun tahu nak bersahur dan berpuasa. Ha! Korang dekat luar tu jangan ponteng puasa pula. Malu je dekat kucing-kucing ni nanti! Oppsss

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my