Serious?!

Kemana duit gaji korang pegi?

Oleh  | 

“Menghitung hari detik demi detik”

HAH, tengah menghitung hari bila nak gaji ke tu? Sama la, sis pun menghitung hari nak tunggu gaji.

Kadang-kadang terpikir juga mana la duit ni pergi tanpa di sedari. Tau-tau je duit dalam akaun berkurangan. Yela zaman sekarang ni shopping semuanya debit je.

Makan Luar

Apa kata gaji nanti korang beli barang dapur. Buat stok makanan kat rumah tu. Sekurang-kurangnya bila duit hampir berkurangan adalah makanan yang kita boleh masak. Cuba untuk kurangkan makan di luar, walaupun makan di mamak. Harga takde la murah mana pun kan?

via GIPHY

Kopi Mahal

Pagi beli kopi, lepas makan tengahari beli kopi lagi. Tu lah masalah kebanyakan orang kita. Macam mana duit tak habis. Harga 1 kopi je RM14, satu hari je korang dah spent RM28 hanya untuk secawan kopi.

Lain la kalau gaji korang 5 angka setiap bulan. Tak salah nak minum kopi, mungkin korang kena kawal sedikit la.

via GIPHY

Daftar masuk gym

Gymnasium adalah tempat popular bila tiba hujung tahun. Yelah nak set azam tahun baru la katakan. Tapi dengan  yuran keahlian yang menelan belanja beratus ringgit akan buat komitmen korang bertambah setiap bulan.

Bayar dah la mahal pastu datang seminggu sekali je. Alasan kerja banyak kat pejabat. Boleh je work out di rumah, lebih jimat.

via GIPHY

Online Shopping

E-commerce semakin mencuri perhatian orang ramai. Dengan strategi yang suka beri baucar diskaun, ditambah pula dengan kemudahan penghantaran percuma ke pejabat mahupun ke rumah, membuatkan kita tidak pikir panjang untuk membelinya.

Tidak dinafikan harga yang ditawarkan  di E-commerce jauh lebih murah berbanding di kedai, tetapi kalau dah setiap minggu klik button “ADD TO CART” boleh menjadi ketagihan tau. Tahu-tahu je duit makin surut.

via GIPHY

Nanti bila dah gaji sila la pantau gaji korang okay. Kenalpasti perbelanjaan yang tidak diperlukan. Tak salah nak reward diri sendiri sebulan sekali.

Kurangkan perbelanjaan dan tambahkan simpanan korang. Mana tahu ada yang dah plan untuk berkahwin.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my