Serious?!

Kematian ketiga, Mangsa dari kluster tabligh

Oleh  | 

KITA dikejutkan dengan satu lagi kematian akibat wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-152 yang disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes.

Kes ke-152 ini membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mangalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari yang sama. Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 jam 6.27 petang tadi.

via GIPHY

Sekali lagi ingin diingatkan kepada orang ramai agar mematuhi perintah Kawalan Pergerakan dan pastikan korang menjaga kebersihan diri masing-masing. Kepada jemaah tabligh yang masih belum serahkan diri, sila serahkan diri supaya kita dapat mengatasi wabak ini.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my