DhiaLova

Kembali ‘single?’ welcome to the club!

Oleh  | 

KALAU kita sudah terbiasa memberikan ruang yang banyak dalam hidup kita kepada seseorang. Pasti sangat menyiksa untuk menutup dan mengisi ruang itu kembali kepada diri kita sepenuhnya. Itulah yang selalu terjadi sebaik sahaja seseorang itu menyandang status ‘single’ selepas berpisah. Kamu mungkin akan diserang perasaan sunyi.

Namun, sepi bukanlah sesuatu yang buruk. Setidaknya ada perkara yang boleh dilakukan apabila kita sudah menyandang gelaran ‘single’. Meh kami beri cadangan macam mana nak isi masa kamu supaya tak terlalu memikirkan heartbreak kamu.

Fokus kepada sahabat dan keluarga

Waktu kamu mempunyai kekasih dulu, masa untuk diluangkan bersama-sama sahabat dan keluarga mungkin terbatas. Bila dah kembali ‘single’ ni apa lagi. Cepat-cepatlah menghubungi sahabat dan kawan-kawan kamu yang lain untuk berkumpul. Bila dah riuh dan bersuka ria dengan sahabat, kamu mungkin akan melupakan masalah yang ada. Bukan hanya sahabat, kamu pun boleh balik ke rumah dan berkumpul dengan adik-beradik kamu.

Buat apa yang kamu nak lakukan

via GIPHY

Bila dan status single ni, kamu mesti mempunyai banyak masa yang terluang. Jadi apa kata kamu fikirkan apa agaknya perkara yang sudah lama kamu ingin lakukan dan habiskan masa kamu dengan perkata tersebut. Inilah peluang untuk kamu pergi mendaftar kelas gitar, menari, bercuti dan mengambil gambar. Kamu mungkin kehilangannya, tapi cita-cita kamu masih tetap ada.

Jadi sukarelawan

Ha, kamu pun boleh juga jadi sukarelawan atau aktivis. Benda-benda seperti ini pun boleh mendorong kamu untuk mengurangkan rasa kesepian yang biasa kamu alami. Selain itu, kamu pun boleh meluaskan kenalan dan bertemu dengan orang baru.

Yakin kepada diri sendiri

via GIPHY

Ketika single inilah kamu ada banyak masa untuk membangunkan kepercayaan diri sendiri. Apa kata kamu ubah cara berpakaian, dress up dan membuat perancangan untuk hidup lebih bermakna pada masa akan datang.

Keluar dari zon nyaman

Apa kata kamu cabar diri kamu untuk keluar dari zon selesa. Katakanlah kamu memandu, cari seorang kawan yang akan memaksa aku memandu. Atau jika kamu takut berhadapan dengan orang luar, apa kata kamu cabar diri kamu menghadiri ujibakat nyanyian.

Inilah masanya untuk kamu cari kembali kekuatan diri dan jadi lebih bersinar daripada orang yang meninggalkan kamu. Apa yang lebih penting ialah cara bagaimana kamu mencintai diri sendiri. So, keep on shining!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my