Serious?!

“Kembang tekak!”- Kali ini bobba tea dicampur dengan nasi pula

Oleh  | 

MACAM-MACAM idea pelik yang sering kita lihat di media social sekarang ni. Seperti yang kita tahu, minuman bobba tea kini tular di negara kita sekali gus menjadi kegemaran semua orang ketika ini. Biasa lah, bila dah viral baru semua orang tercari-cari. Tetapi rasanya minuman bobba tea ini sudah lama menapak di Malaysia. Sis pun kurang jelas kenapa masyarakat kita baru menyedari kewujudan minuman ini sekarang.

Kalau setakat minum bobba tea sahaja, itu tidak mendatangkan masalah kepada sesiapa pun. Namun, dek kerana terlalu kreatif atau atas  apa-apa alasan lain yang kurang jelas, sis tak faham kenapa seorang netizen ni boleh masak nasi dengan menggunakan air bobba tea. Kot ye nak kreatif pun berpada-pada lah. Kembang tekak orang tengok tau!

Menerusi gambar yang telah dimuat naik di laman twitter oleh pemilik twitter @falihinjasmi ini, resepi ini sesuai disajikan semasa rumah terbuka. Betul ke? Tapi korang jangan triggered dulu bila tengok nasi bobba tea ni kerana resepi ini buka datang daripada negara kita. Sebenarnya, idea membuat nasi bobba tea ini datang daripada seorang lelaki yang berasal daripada Jepun.

Di negara jepun, ada satu masakan yang diberi nama ochazuke. Ochazuke merupakan nasi yang dimasak dengan menggunakan teh hijau. Pemuda yang bernama Mr. Sato ini mendapat idea untuk mencipta resepi nasi  menggunakan air bobba tea ini menerusi resepi ochazuke. Tapi menjadi ke resepi Mr. Sato ni?

Mr. Sato menggunakan satu cupak beras yang dimasak bersama secawan air bobba tea bersaiz sederhana. Proses masakan ini sama sahaja seperti menanak nasi biasa.

Bosan Nasi Putih? Coba Masak Nasi Pakai Milk Tea dan Boba

Selepas 15 minit, nasi bobba tea ini siap untuk dihidang dan apa yang menarik, kerana nasi ini dimasak dengan menggunakan milk tea, tekstur nasi juga jadi lebih lembut dan sesuai dimakan dengan bobba. Bobba yang dimasak bersama nasi ini juga lebih kenyal tetapi tidak terlalu kering. Menurut Mr Sato, gabungan nasi bersama bobba tea ini ternyata berjaya menghasilkan rasa yang unik dan enak.

Hmm, mungkin tekak orang Jepun mampu menerima nasi yang manis. Tapi orang kita agak-agak macam mana ya? Onz tak onz nasi dengan bobba tea ni, sis nak cuba lah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my