Serious?!

“Kempunan perhatian agaknya” – Zul Ariffin selar orang fitnah hubungannya dengan gadis Ukraine

Oleh  | 

BARU-baru ini kecoh tentang penyebaran foto pelakon Zul Ariffin dengan kenyataan kononnya dia telah mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu.

Ia tular selepas foto romantis dipercayai dimuat naik Glembotska dalam laman Instagram milik wanita berkenaan.

Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.” (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bintang kelahiran Taiping, Perak itu.

Gambar terbabit kemudian dikongsi sebuah akaun gosip popular di laman Instagram.

Difahamkan, gambar terbaru mereka dihantar oleh teman Glembotska yang mahukan kepastian mengenai gosip kedua-duanya sudah bernikah.

Baca selanjutnya di Hotfm.com.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my