D-Life
Kena tahu 3 risiko guna Wi-Fi awam waktu ‘travel’
INTERNET memang benda wajib kita ada bila nak pergi travel. Selain boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan orang tempatan, kita perlukan bantuan internet untuk jalan dan juga upload gambar dekat Instagram.
Benda yang paling senang nak dapatkan internet mestilah dengan connect free Wi-Fi. Lagipun, siapa yang tak nak benda percuma kan?
Walaupun ia memudahkan kita untuk mendapatkan informasi, namun ada beberapa risiko sebenarnya jika kita menggunakan Wi-Fi awam semasa mengembara.
Curi identiti
Rupanya antara cara yang digunakan hacker yang mencuri data ialah dengan menyediakan Wi-Fi palsu. Bila device korang dan muka connect dengan Wi-Fi tu, hacker akan boleh jejaki aktiviti dan segala data privasi. Lebih jahat lagi kalau hacker itu gunakan data peribadi korang untuk kepentingan dia sendiri.
Virus
Selain berisiko data bakal diselewengkan, ia juga boleh mengundang virus seperti malware. Kalau korang nak tahu, virus ini boleh mencuri fail penting korang. Selain itu, ada juga virus lain yang dipanggil ransomware yang boleh mengambil alih data daripada komputer korang. Korang tak boleh mengakses data tersebut sebelum membayar sejumlah wang.
Ini pun bahaya juga sebab Wi-Fi awam boleh membuatkan hacker memindahkan data dari nama akaun, password, media sosial sehinggalah nombor kad kredit.
Risiko juga perkara ini sebab penggodam boleh menyamar sebagai korang dan menipu orang-orang kepercayaan korang. Travel sepatutnya memberikan korang pengalaman manis. Tapi tak nak lah disebabkan salah guna Wi-Fi awam, habis data peribadi korang digodam.
Team Dhia harap korang dekat luar sana tu berjaga-jaga tau!





Komen Terkini