D-Life

Kena tahu! 5 benda ini tak patut ada dalam peti ais korang

Oleh  | 

SIAPA yang tak sayang peti ais. Itulah tempat kita sumbat segala bahan masak, susu, sayur, makanan yang tak habis. Tapi kalau korang nak tahu, sebenarnya tanpa kita tahu ada sahaja beberapa barang yang seeloknya janganlah kita letak dalam peti ais.

Mungkin selama ini ada beberapa barnag yang kita rasakan sangat sesuai diletakkan di dalam peti ais, kan? Ha! Jangan tertipu sebab sebenarnya ada yang seeloknya jangan diletak dalam peti ais.

Jom kita tengah apakah bahan itu!

Tembikai

Ha biar betul? Ya, jangan terperanjat sangat sis. Kalau korang dah potong tembikai kecil-kecil mengikut saiz yang mudah makan. Ada di antara kita terus sumbat lebihan tembikai dalam peti ais. Yelah, barulah sedap jamah waktu sejuk. Kalau korang nak tahu, sebenarnya boleh je nak masukkan dalam peti ais. Cuma, pastikan korang balut dulu buah itu supaya ia tak menyerap bau dan rasa makanan lain.

via GIPHY

Madu

Ini madu makanan ya. Bukan madu 3. Jangan macam-macam. Cara terbaik nak menikmati madu ialah dengan tekstur manis, licin, likat. Kalau letak dalam peti sejuk, ia akan jadi keras macam batu. Siapa yang suka, kan?

via GIPHY

Kopi

Ya, jangan memandai-mandai letak kopi pula dalam peti ais. Cara nak simpan kopi dengan betul ialah letakkan di dalam bekas kedap udara dalam suhu bilik. Kalau sejuk, ia akan merosakkan rasa. Kelembapan tak sesuai dengan biji kopi.

via GIPHY

Labu

Sebenarnya labu akan cepat reput tau dalam suhu yang lembap. Jadi, cara nak simpan labu ialah dengan bungkus dengan sekeping kadbod lepas itu simpan dalam dapur atau pantri makanan.

via GIPHY

Bawang

Ini pun sama. Sepatutnya makhluk ini tak patut ada dalam peti ais. Bila ia sejuk, ia akan jadi lembap dan tak menarik untuk dimakan. Bukan tu sahaja, kelembapan ini akan mempercepat proses pereputan. Kalau nak masukkan, kena pastikan korang bungkus dalam plastik dan letak dalam tempat simpan sayuran.

Ha, jadi macam itulah antara bahan yang tak patut ada dalam peti ais. Kalau nak letak pun, ada caranya.

Sumber: Worldstorify

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my