Serious?!

Kenalkan wanita tertua di dunia, Kane Tanaka!

Oleh  | 

GUINNESS World Records mendedah seorang wanita Jepun berusia 116 tahun kini telah menjadi wanita tertua di dunia.

Wanita yang bernama Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 iaitu tahun yang sama Wright bersaudara meluncurkan penerbangan mereka.

Ketika ditanya, bilakah saat yang paling bahagia sepanjang hidupnya.

“Sekarang,” katanya.

FOTO: Skynews

Tanaka pernah bernikah dengan Hideo Tanaka pada 1992. Hasil daripada perkahwinan tersebut beliau telah memiliki 4 orang anak. Bukan itu sahaja, beliau turut memiliki seorang anak angkat.

Berkongsi rutin hidupnya sehari-hari, Tanaka biasanya akan bangun seawal jam 6 pagi. Di sebelah petang pula dia akan akan mempelajari matematik dan berlatih membuat kaligrafi.

FOTO: 9news

Jepun merupakan negara yang menjadi kediaman mereka yang hidup paling lama di dunia.

Sumber: CNN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my