Serious?!

Kenapa ada bulat kecil dekat penutup cawan kopi korang?

Oleh  | 

BILA bangun pagi, kopi memang menjadi pilihan sesiapa sahaja untuk memberi kesegaran dan tenaga sepanjang hari. Sebab itulah kalau korang naik kereta api pagi-pagi, berpusu-pusu orang ke tempat kerja sambil memegang  secawan kopi panas di tangan mereka.

Korang perasan tak, cawan untuk kopi panas mempunyai reka bentuk yang agak unik berbanding cawan biasa. Rekaannya sesuai bagi memastikan korang selesa untuk membawa kopi dengan suhu yang panas ke mana sahaja.

via GIPHY

Kalau korang perhatikan secara terperinci. Penutup pada cawan kopi biasanya akan mempunyai satu lubang kecil. Apa agaknya sebab dan fungsi lubang kecil ni ya?

BACA:Pernah tak terfikir kenapa ada lubang kecil dekat biskut?

Lubang kecil itu akan membenarkan udara masuk seterusnya menolak air kopi keluar. Kalau lubang itu tak ada, susah korang nak minum atau air di dalam cawan itu akan lambat untuk keluar daripada cawan tersebut. Bulat kecil ini juga ni biasanya ada pada cawan minuman panas yang lain seperti kopi, teh atau milo.

via GIPHY

Tak sangka rupanya benda yang kelihatan remeh dan kecil seperti ini boleh memberikan fungsi yang besar kepada kita. Apalagi, jom mengopi!

Dah tahu jawapan apa kata korang reward lah diri korang dengan pergi spa ke, makan-makan ke kan? Nak penjimatan lebih ada di sini.

BACA:Korang pernah terfikir tak kenapa garfu ada empat mata?

 

 

2 Comments

  1. Nafisz

    8 August 2019 at 3:44 pm

    Ouhhh.. begitu

    • Wafa Aula

      3 October 2019 at 12:10 pm

      Ya awak, macam itulah 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my