Serious?!

Kenapa akhbar paling tua dekat Malaysia pun boleh ‘goyah’? Ini penyebabnya…

Oleh  | 

DAH kecoh di laman sosial tentang penerbitan akhbar Kosmo dan Utusan akan menemui titik pengakhirannya Khamis ini. Ini bermakna, esok adalah hari-hari terakhir di mana kakitangan daripada kedua-dua akhbar berkenaan akan beroperasi.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya khabar buruk akhbar Utusan ini sudah dapat dihidu apabila lebih dari seratus kakitangan akhbar berkenaan telah mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

FOTO: Bebas news

Mogok selama sejam yang diadakan oleh beberapa bekas pekerja syarikat akhbar berkenaan telah dilakukan bagi menuntut pihak pengurusan membayar tunggakkan dua bulan gaji kakitangan syarikat berkenaan.

Banyak pekerja yang terkesan apabila syarikat itu gagal membayar gaji sampailah ada yang terpaksa beri minum sirap kepada bayi sebab tak mampu nak belikan susu kepada anak mereka. Itu belum lagi mereka yang dikejar ceti haram dan bank kerana tidak membayar pinjaman.

Kalau Utusan yang tutup , kenapa Kosmo terlibat juga?

Kepada yang tak tahu, Kosmo adalah sister company kepada Utusan. Sebab itulah kalau Utusan ada masalah, Kosmo pun akan kena sekali.

Kenapa boleh tutup?

FOTO: Says

Kalau mengikut kepada apa yang dikatakan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak.  Selepas berbincang dengan pengurusan tertinggi, syarikat akhbar yang berusia 80 tahun itu tidak lagi mampu nak tanggung beban.

Utusan memang tak ada duit nak bayar gaji termasuklah yang tertunggak mahupun untuk masa akan datang. Bukan itu sahaja, mereka pun gagal melupuskan aset yang ada.

Jika akhabr Utusan tutup ia semstinya menjadi peristiwa bersejarah bagi rakyat Malaysia sebagaimana bersejarahnya penubuhan akhbar tersebut hadir dalam dunia kewartawanan tanah air pada tahun 1939.

FOTO: Utusan.my

Waktu itu, Utusan adalah akhbar paling laris dijual di Malaysia dengan cetakkan 350,000 naskah setiap hari.

Semoga kita dapat mengembalikan kegemilangan Utusan di masa kini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my