D-Life

Kenapa badan rasa penat tiba-tiba eh? Cuba check…

Oleh  | 

PERNAH tak korang rasa letih sangat seolah-olah tangki energi korang sudah kehabisan. Benda ini  tidak hanya terjadi kerana penat fizikal sahaja, malah mental juga memberi impak kepada tubuh badan korang.

Tapi yang paling tak best ialah korang tak ada pula buat benda yang memenatkan tapi tak tahu kenapa badan korang tetap letih. Ha! sebenarnya ada tiga benda penyebab korang menjadi lesu tau bermula dari gaya hidup, keadaan kesihatan dan keadaan mental.

via GIPHY

Sebab gaya hidup

Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita mudah lelah. Contohnya kurang bersukan, kurang tidur, pola makan tidak sihat, kegemukkan serta mengambil kafein dan alkohol yang berlebihan.

Jadi, cara korang nak ubah benda ini ialah dengan melakukan langkah-langkah sederhana macam ni!

via GIPHY

Berolahraga secara rutin

Pastikan cukup rehat

Cukup tidur sebab orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun dianjurkan untuk tidur selama 7-9 jam sehari

via GIPHY

Mengatur pola makan dengan nutrisi seimbang. Minum cukup air supaya tidak mengalami dehidrasi.

Jangan ambil kafein serta alkohol.

Jangan merokok.

Luangkan waktu untuk rekreasi 

Sepatutnya bila korang dah ubah kesemua benda ini, korang dapat merasai perbezaannya selepas dua minggu. Jadi kalau lepas dua minggu korang tak rasa apa-apa, berjumlah dengan doktor.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my