Dhia Glam

Kenapa batik merupakan salah satu fesyen yang mahal?

Oleh  | 

BATIK sangat sinonim dengan negeri belah pantai timur. Pembuatan batik telah bermula sejak dahulu kala, namun sehingga kini ia masih diminati semua golongan kerana batik mempunyai ciri-ciri estetika yang mencerminkan personaliti kita sebagai rakyat Malaysia.

Batik merupakan satu bidang kraftangan  yang terunggul di MalaysiaIa dan tidak pernah lapuk dek zaman malah perubahan arus fesyen menjadikan rekaan batik semakin moden dan kontemporari.

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang istimewa sangat batik sehinggakan ia diangkat sebagai fesyen warisan. Nah untuk korang semua!

Seni Tradisi

Seni batik istimewa kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di Kepulauan Melayu serta berkaitan dengan pakaian para penduduknya.

Batik tradisional ini mempunyai makna simbolik yang tinggi dan penggunaannya didasarkan pada status social pemakai dalam masyarakat daerah tertentu.

Motif

Motif ialah corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis dan menerap batik. Terdapat dua bentuk utama motif iaitu motif organik dan geometrik.

Motif organik melibatkan penggunaan unsur-unsur alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga manakala motif geometrik lebih tertumpu kepada corak bentuk-bentuk geometrik seperti segi tiga, segi empat dan sebagainya.

Cara Pembuatan

Uniknya batik adalah cara pembuatannya yang agak rumit. Proses pembuatan batik dahulu kala adalah secara tradisional dan proses pembuatan batik memerlukan campuran lilin cair, kain yang berwarna putih, sebuah meja, pencelup dan sedikit pewarna tambahan.

Jenis Batik

Macam mana nak tahu jenis batik? Ia boleh dibezakan melalui cara pembuatannya iaitu batik blok, batik conteng dan batik skrin. Setiap jenis batik ini berbeza cara pembuatannya.

Bersempena Hari Malaysia, pereka fesyen terkemuka tempatan, Fairuz Ramdan tampil dengan koleksi terbaharunya yang bertemakan Colours of Unity dimana ia mengangkat tema Batik berteknik Tie Dye yang menginspirasikan warna-warna Jalur Gemilang sebagai salah satu asas koleksi ini. 

“Saya berharap koleksi ini turut dapat mengembalikan semagat jati diri dan cinta negara yang perlu ada di dalam setiap rakyat Malaysia secara amnya. Dalam masa sama dapat mendidik generasi kini akan pembuatan batik yang sebenar di mana setiap helaian yang dihasilkan melalui proses yang cukup rumit dan teliti”

 

 

Cara yang tradisional tapi berjaya membuahkan hasil yang moden! Koleksi batik Tie Dye juga penuh dengan warna-warna yang menarik dan kombinasi warna yang melambangkan negara kita. Disebabkan ciri-ciri istimewa yang ada pada batik ini lah yang menjadikan batik merupakan salah satu fesyen yang “mahal”.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my