Serious?!

Kenapa degil sangat? Tolong lah duduk je dirumah

Oleh  | 

RATA-RATA kita lihat masih ada yang berdegil dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Apa yang susah sangat untuk kita ikut arahan yang telah dikeluarkan? Sehinggakan Ketua Pengarah Kesihatan merayu kepada semua untuk lebih bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

via GIPHY

Korang tahu tak jika keadaan tidak terkawal, kemungkinan besar kerajaan terpaksa mengarahkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan selain polis.

Disebabkan kekurangan pemantauan, khidmat anggota tentera akan  mengawal di kawasan kampung dan pihak polis mengawal di kawasan bandar.

Sumber: Berita Harian

Sekarang ni kalau kita tengok pihak polis sudah memulakan sekatan jalan raya untuk membendung pergerakan orang ramai bagi atasi penularan COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Jom sama-sama kita memainkan peranan yang sebetulnya supaya kita tidak menghadapi gelombang ketiga dan keadaan menjadi lebih teruk. Ini lah satu-satunya peluang untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Sekali lagi sis bagi tahu ye, Perintah Kawalan Pergerakan termasuk larangan menyeluruh perhimpunan dan pergerakan di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis peniagaan ditutup kecuali pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my