D-Life

Kenapa eh?! Kitakan sama-sama perempuan

Oleh  | 

DALAM ramai orang yang suka berkawan dengan kita, akan ada seseorang dalam diam tidak menyukai kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa. Mungkin dia akan rasa cemburu apabila melihat perempuan lain mempunyai banyak lebihan berbanding mereka. Korang jangan terkejut okay! Dekat mana-mana pun akan ada situasi seperti ini. Kenapa perempuan akan rasa cemburu bila lihat perempuan lain ye?

Lebih cantik. 

Ini sememangnya merupakan sifat perempuan sejak azali lagi. Apabila seseorang perempuan itu bertemu dengan perempuan lain yang lebih cantik berbanding mereka, mereka akan mula rasa disaingi. Ramai je perempuan yang akan cemburu apabila melihat kelebihan perempuan lain lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan fizikal. Tambahan lagi jika seseorang perempuan itu mempunyai pasangan, pasti dia akan mudah untuk rasa insecure kerana takut teman lelakinya aklan memandang wanita yang lebih menarik.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sememangnya mepunyai aura dan pesonanya tersendiri. Tak hairanlah orang seperti ini lebih kelihatan menarik sekaligus menjadi perhatian orang ramai. Biasanya perempuan yang memiliki sifat seperti ini akan dicemburui oleh orang lain yang yang tidak yakin dengan diri mereka. Daripada kita sibuk nak cemburukan orang lain, apa kata kita baiki diri kita supaya jadi seperti mereka betul tak?

Fashionable

Perempuan dan insecurity memang tidak boleh dipisahkan. Bukan cuma personaliti dan fizikal sahaja, orang yang mempunyai penampilan yang menarik kebiasaannya akan mudah dicemburui oleh orang lain. Ada orang yang rasa tidak yakin untuk bergaya dan ada juga orang yang suka bergaya dan fashionable. Mungkin kelebihan yang dimiliki oleh orang seperti ini akan selalu dicemburui oleh orang yang kurang berpenampilan.

Mudah bergaul

Hal yang sering membuatkan perempuan berasa cemburu terhadap perempuan lain adalah apabila melihat orang lain lebih mudah mesara dan pandai bergaul berbanding dirinya. Ada juga jenis perempuan yang tidak pandai bergaul dan akan berasa cemburu apabila melihat perempuan lain bijak menyelesaikan diri mereka di hadapan orang lain.

Setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Apa kata kita perbaiki kekurangan supaya kita tidak mudah untuk rasa down bila melihat kelebihan orang lain. Benda boleh adjust kenapa nak cemburu guys! Buang masa sahaja!

 

 

Sumber: Popbela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my