DhiaLova

Kenapa golongan wanita senang kena tipu sebelum kahwin?

Oleh  | 

SEMAKIN banyak kisah-kisah berkaitain keretakkan sesuatu hubungan yang tular di media sosial. Seperti contoh, baru-baru ini viral kisah rakan baik seorang wanita bercinta dengan suaminya dalam diam!

Yang paling oleh terima tu , bestfriend sendiri tau! Dahsyatnya kisah perit manusia di zaman ini. Sis harap semoga kakak tu tabah menghadapi dugaan.

Sis bukan apa, kesian sangat pada mangsa-mangsa yang kena tipu perasaan ni. Sakitnya tak boleh bawak bincang tau. Kalau tak sakit tak ada lah sampai dengar berita bunuh diri dan sebagainya!

via GIPHY

Disebabkan banyak kes-kes macam ni jadi viral, sis terpanggil untuk mengupas mengapa kaum wanita ini begitu mudah menjadi mangsa mainan perasaan oleh kaum lelaki sampah yang tak boleh harap ni.

Bila dibaca-baca dan difikir-fikir dan dibincang-bincang haaa gitu, sis ada beberapa sebab yang terkumpul. Antara pertamanya adalah, golonggan wanita ini mudah percaya dan terlalu percaya.

via GIPHY

Sis perasan kaum wanita ni kadang kala meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi pada pasangan walaupun sebelum kahwin. Itu yang sbeenarnya bahaya pada diri. Nak percaya tu boleh cuma kenalah berpada! Korang kena pastikan korang tahu latar belakang pasangan seperti keluarga, rakan-rakan mahupun pekerjaan.

via GIPHY

Antara sebab yang kedua adalah terlalu bergantung pada kaum lelaki. Nak bergantung tu tak ada masalah, cuma lebih baik kalau korang bergantung pada diri sendiri  lebih banyak.

Bergantung yang sis maksudkan adalah dari segi ekonomi dan juga perasaan. Mengikut pandangan sis, terlalu bergantung ni bahaya sebenarnya sebab korang tak secure kedudukan masing-masing dan risiko korang untuk sakit pun meninggi!

via GIPHY

Bukankah lebih bagus jika kita mempunyai ekonomi sendiri yang stabil terlebih dahulu? Barulah kita tidak dipandang remeh!

Sis harap artikel ni dapat membuatkan korang sedar tentang betapa pentingnya harga diri kita sebagai wanita dan korang tak patut memandang rendah tentang perkara ni! Kita perempuan kan kuat!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my