Serious?!

Kenapa hidung orang Asia banyak yang pesek tapi mat salleh mancung?

Oleh  | 

KORANG perasan tak, hidung orang Asia kebanyakkannya pesek. Lain betul dengan orang mat salleh yang mempunyai hidung yang mancung. Adakah faktor geografi menentukan kita punya bentuk wajah eh?

Jadi, hari ini sis nak kongsikan sikit kenapa agaknya bentuk fizikal kita berlainan dengan mereka yang duduk dekat negara-negara di sebelah Barat sana.

Iklim

Waktu tahun 1800 an dulu, seorang peneliti bernama Arthur Thomson pernah melakukan penyelidikan tentang anatomi tubuh manusia. Beliau mendapati, orang yang tinggal dekat negara yang ada musim sejuk selalunya akan bertubuh ramping dan hidung mancung.

Orang yang tinggal dekat negara yang iklim panas dan lembap pula selalunya hidung mereka pesek dan lebar.

Fungsi hidung

Sebenarnya bentuk hidung sangat penting mengikut cara korang bernafas di tempat tertentu. Penyelidik daripada Public Library of Science (PLOS) menyatakan orang barat mempunyai hidung mancung supaya lebih mudah beradaptasi dengan udara yang sejuk dan kering. Udara akan bertahan lebih lama di hidung sehingga suhu jadi sedikit lembap sebelum masuk ke paru-paru.

Hidung orang Asia pesek dan pendek sebab udara di sana sudah cukup hangat dan lembap bagi dan sesuai bagi paru-paru.

Genetik

Ha, ini yang biasa orang sebut pun. Faktor genetik akan membuatkan bentuk wajah seseorang itu berbeza. Jadi, kalau ibu bapa korang mempunyai hidung yang mancung, korang pun akan dapat bentuk hidung yang sama. Begitulah juga sebaliknya.

Alah, lagipun bentuk hidung bukanlah apapun. Kedua-duanya cantik dan sesuai dengan tempat kita dilahirkan. Jadi, begitulah ceritanya. Kalau korang nak nampakkan hidung tu mancung, make up kan je sikit. Tapi orang hidung mancung boleh ke buat hidung mereka pesek? Tak boleh kan? Haaa.

Sumber: okelifestyle

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my