Fitness

Kenapa kentut orang lain lagi busuk berbanding kentut sendiri?

Oleh  | 

Bayangkan korang masuk lif yang sangat padat dengan orang ramai. Terutama sekali waktu peak hour macam baru balik kerja.

Tiba-tiba ada satu bau kentut yang sangat busuk. Korang hampir mati bernafas dalam lif tersebut. Adakah korang berhenti dekat tingkat yang paling dekat atau korang tahan sahajalah nafas sampailah ke tingkat bawah?

via GIPHY

Pernah tak korang rasa nak hempuk kepala mereka yang kentut merata-rata macam ni? Tapi bila difikir balik, kenapa kita cepat rasa kentut orang lain lagi busuk berbanding kentut sendiri?

BACA: Pad seluar dalam magik buat kentut wangi telah dicipta!

Setiap hari, badan kita akan mengeluarkan bau tertentu dari liang roma, kulit kemudian dilepaskan pada udara di sekeliling kita. Ia sebagai tindak balas terhadap apa yang kita makan.

via GIPHY

Secara purata, bakteria yang ada dalam isi perut kita adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding di bahagian lain.

Mengikut kajian, hidung kita sebenarnya sudah lali dan terbiasa dengan bau yang dilepaskan badan kita. Jadi, bila kita kentut, otak kita dah ready dengan bau yang pernah dihasilkan badan kita.

Namun, otak kita akan lebih sensitif dengan bau yang tidak pernah dihasilkan seperti bau kentut orang lain. Sebab itulah kita merasakan kentut orang lain jauh lebih busuk. Menarik juga bila kita tengok betul-betul macam mana badan kita akan bertindak dengan cepat untuk cari ruang udara yang segar.

via GIPHY 

Apapun, sis nak pesan ni. Kalau nak kentut tu berpadalah sikit. Kalau nak kentut, korang pergilah ke tempat yang jauh sikit daripada orang ramai. Kesian diorang merah padam muka nak tahan gas beracun yang korang lepaskan. Ish, ish, ish.

Sumber: Today, found out

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my