D-Life

Kenapa kita asyik mimpi buruk yang bukan-bukan?

Oleh  | 

SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami mimpi buruk ketika tidur. Namun, ada yang beranggapan ia sekadar mainan tidur dan tidak perlu runsing memikirkannya.

Ada yang pernah bermimpi dibunuh, jatuh gaung, atau mimpi dikejar sesuatu. Ia akan membuatkan korang terjaga dan berasa cemas.

via GIPHY

Mimpi buruk yang sering menggangu setiap malam adalah disebabkan masalah kesihatan. Kalau mengikut kajian, 2 hingga 8 persen orang dewasa tidak boleh berehat dengan tenang akibat mengalami mimpi buruk yang mengganggu pola tidur mereka.

via GIPHY

Kata Profesor Jason Ellis pula, mimpi buruk terjadi akibat daripada masalah tidur seperti sakit atau insomnia.

Sebenarya normal saja bagi manusia untuk mengalami mimpi buruk sekali seminggu.

Selain itu, professor  Neil Greenberg dari King’s College London pula menyatakan ia mungkin disebabkan seseorang mengalami peristiwa trauma yang membuatkan otak seseorang tak mampu memprosesnya.

Ada bahagian otak bawah sedar mungkin muncul di fikiran seseorang ketika sedang tidur. Bebanan daripada peristiwa lampau dan trauma telah menyebabkan ia hadir sebagai mimpi buruk.

Selain daripada mengalami masalah kesihatan mental akibat daripada hal-hal traumatik, ia juga boleh mendorong kepada bipolar atau skizofrenia.

Jadi, Dhia harap korang dapat jaga kesihatan dan tidak terlalu memikirkan masalah sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Chill-chill je okay!

 

 

 

 

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my