DhiaLova

Kenapa kita cemburu dengan makwe baru ex boyfriend kita?

Oleh  | 

TIDAK semua kisah cinta akan berakhir bahagia. Korang kena hadam betul-betul ayat itu. Ada yang cintanya terkandas di tengah jalan disebabkan sebelah luka yang ditoreh oleh pasangan lalu begitu sakit dan dalam. Tak semua orang boleh move on dengan cepat. Kadangkala kita masih ada rasa cemburu bila bekas kekasih kita sudah bertemu pengganti.

Sebenarnya, perasaan ini sangat normal tau. Tapi sebenarnya memang ada beberapa sebab yang membuatkan kita cemburu dengan bekas kekasih kita yang baru mendapatkan kekasih baharu.

via GIPHY

Bayangkan layanan ex dengan kekasih baru

Bila dengar khabar yag dia sudah mendapat pengganti, kita secara automatik akan membayangkan layanan yang akan diberikan bekas kekasih kita terhadap makwe baru. Mulalah kita dihantui dengan persoalan “adakah dia lebih sayang kekasih baru?”

Faktanya, dia akan melayan kekasih barunya lebih baik setelah belajar daripada kegagalan di perhubungan yang lalu. Kekasih barunya pula mungkin mempunyai keinginan dan juga perangai yang berbeza dengan korang.

Teringat

Apa yang korang ingat kadangkala nampak dan rasa lebih indah padahal tak la semuanya macam itu pun. Melihat kemesraan dia dengan kekasih baru kadangkala akan mengingatkan korang dengan layanan yang sama diberikan kepada korang suatu masa dulu.

via GIPHY

Teringat luka lama

Korang sendiri pun mungkin dah ada orang baru. Tapi korang tetap rasa cemburu bila bekas kekasih korang ada orang lain. Ini kerana rasa sakit yang pernah ada waktu putus dahulu masih bersisa. Luka lama kalau dibuka ia akan mengundang perasaan cemburu walaupun kalau korang dah move on.

Membandingkan diri dengan kekasih barunya

Korang mungkin tak berapa kenal sangat dengan kekasih barunya. Korang hanya boleh mendapatkan informasi mengenai kekasih baru korang bedasarkan laman sosial. Korang pun akan mula membandingkan mana satu yang mempunyai peribadi yang lebih baik.

via GIPHY

Mencari apa yang kita kurang

Lepas dah stalk kekasih baru, mulalah kita mencari kekurangan kita. Korang mula dilanda cemburu padahal korang pun bukanlah nak sangat si dia kembali.

Jadi, demikianlah antara beberapa sebab yang boleh difikirkan kalau nak dibincang secara logik kenapa kita masih ada perasaan cemburu apabila bekas kekasih kita mempunyai orang baru. Tapi apapun, korang kena ingat. Masa lalu kita dengannya sudah berakhir. Dia berhak mencari bahagia dan begitulah korang juga.

Sumber: Kompas

Bila cakap je pasal bunga ni tak semestinya lelaki je yang kena hantar pada perempuan. Kadang-kadang kita sebagai perempuan ni boleh je nak buat kejut untuk yang tersayang. Happy Bunch ada 11.11 special tau. Malas la sis nak sembang lebih. Apa kata korang tengok sendiri.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my