DhiaLova

Kenapa korang suka bau partner korang? Ini penjelasannya!

Oleh  | 

PERNAH tak korang terfikir kenapa korang suka sangat bau pasangan korang? Tak kisahlah bau perfume dia ke atau pun bau badan.

Badan kita ni tak semestinya mengeluarkan bau busuk ketika berpeluh je tau! Ada juga bau kita yang tersendiri dan ini adalah merupakan satu daya tarikan.

via GIPHY

Kadangkala ada yang suka bau kepala seseorang. Sampaikan ada yang ketagih. Ia terjadi adalah kerana rembesan feromon yang semula jadi.

Feromon ini pula merupakan satu daya tarikan dan meransang emosi. Oleh sebab itu, ia membuatkan pasangan menjadi lebih tertarik akan bauan yang dihasilkan oleh badan kita sendiri!

Selain daripada daya tarikan feromon, sistem imun kita memainkan satu peranan yang cukup besar dalam hal daya tarikan ini! Sistem imun kita ini berfungsi dalam mencari pasangan yang sesuai dengan diri kita tau!

Mengikut sumber, genetik yang ada pada sistem imun sebenarnya telah menghasilkan Major Histocompatibility Complex (MHC). MHC ni lah yang membuat kan feromon terhasil.

via GIPHY

Aroma semula jadi yang terdapat pada pasangan korang tu boleh juga membantu korang untuk mengurangkan stress dan tekanan pada diri. Ini disebabkan bila korang menghidu bauan tersebut korang akan merasa tenang bukan?

Oleh sebab itu, ia juga dapat memberi sokongan yang positif untuk mental dan juga  fizikal korang! Kalau korang perasan, bauan badan daripada orang lain sebenarnya boleh menyebabkan tekanan pada diri sendiri tau.

via GIPHY

Wah power jugak ya! Badan kita akan bertindak balas jika kita bersama dengan orang yang kita sayangi dan secara tidak langsung tekanan pun dapat berkurang.

Justeru, hubungan korang pun akan berambah baik. Jadi sebab itu lah kita mudah tersenyum dengan orang yang kita sayang dan mudah berasa tenang dengan pujukan dan dorongan mereka!

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my