DhiaLova

Kenapa korang susah nak move on? Ini jawapan mengikut zodiak

Oleh  | 

SETIAP daripada kita pernah merasai fasa patah hati tak kisahlah apapun penyebabnya. Cinta yang tidak kesampaian selalu membuatkan seseorang hilang selera makan akibat terlalu sedih. Namun, ada juga yang jenis cepat move on dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Rupanya, setiap zodiak memiliki alasan tersendiri untuk rasa terluka dan terus menerus mengingati pasangan masing-masing walaupun sudah berpisah.

Scorpio

Dalam bab cinta, Scorpio tak pernah memberi separuh hati. Inilah sebabnya mereka sukar untuk move on kalau berpisah. Walaupun tak lagi bersama dengan kekasihnya, gadis yang berzodiak ini akan bertahan sehinggalah bekas kekasihnya mempunyai orang baru. Mereka akan semakin patah hati dan rasa dikhianati.

via GIPHY

Cancer

Jika berpisah, mereka rasa hidup mereka musnah dan sudah berterabur. Setelah move on mereka akan rasa insecure dan berfikir mengapa hubungan mereka berakhir. Mereka cenderung menyalahkan diri sendiri dan sulit untuk mereka membuka hati kepada orang yang baru.

Taurus

Sebab kenapa geng Taurus susah nak move on ialah menganggap pasangan mereka pelengkap hidupnya. Kalau ada masalah yang dihadapi, mereka akan selalu bergantung kepada kekasihnya untuk menenangkannya. Bila dah patah hati, agak lambat untuk mereka membina hidupnya kembali.

via GIPHY

Aries

Aries adakah mereka yang lebih memilih untuk berbaik semula berbanding move on. Walaupun pernah disakiti, mereka berzodiak Aries akan berjuang mempertahankan hubungannya. Sebab itulah mereka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dari patah hati.

Leo

Leo selalunya dikaitkan dengan simbol singa  dan menganggap kekasihnya sebagai seseorang yang penting dalam kehidupannya. Mereka akan selalu fikir kenapa hubungan mereka boleh berakhir.

via GIPHY

Pisces

Sewaktu bercinta, gadis Pisces akan merasakan kehidupannya penuh warna warni. Mereka selalu memberikan harapan yang tinggi terhadap hubungan percintaannya. Selepas berpisah, susah untuk mereka merelakan apa yang terjadi memandangkan mereka mempunyai expectation yang tinggi dalam perhubungan mereka.

Aquarius

Mereka berzodiak ini memang terkenal dengan sikap mereka yang santai. Dalam banyak-banyak jenis zodiak, gadis Aquarius dikatakan yang paling cepat melupakan mantan. Bila mereka berjumpa dengan bekas kekasih, mereka akan kembali teringat kenangan indah bersama bekas kekasih. Sebab itulah dia susah sangat nak move on.

via GIPHY

Capricon

Gadis Capricon susah nak sembuh daripda patah hati kerana terikat dengan rutin yang sering dilakukan bersama-sama bekas kekasih. Sebab itulah dia susah nak melupakan bekas kekasih apalagi untuk membuka ruang menerima orang baru dalam hidupnya.

Libra

Mereka yang berzodiak Libra selalu merasakan bekas kekasih adalah orang yang selalu boleh menerima kekurangannya. Ketika berpisah, mereka rasa dikhianati kerana rupa-rupanya kekasih mereka tak boleh menerima diri mereka seadanya.

Virgo

Geng Virgo tak boleh mengatasi perasaan patah hati dengan baik. Ini kerana mereka susah nak cari jawapan kenapa hubungan mereka berakhir. Mereka tak akan menyerah sampailah dia berjaya menemukan jawapannya.

via GIPHY

Gemini

Gemini sebenarnya tak boleh jauh dari bekas kekasih mereka. Mereka tidak suka perasaan sunyi membuatkan mereka ingin berada dalam perhubungan selama mungkin. Ini kerana mereka sangat takut untuk menghadapi perasaan kehilangan.

Sagitarius

Mereka berzodiak ini mempunyai personaliti agak unik. Mereka selalu teringat dengan hobi bekas kekasihnya dan segala perkara yang membuatnya terhibur. Jadi ketika berpisah, dunia mereka seolah-olah ranap.

via GIPHY

Ha, inilah sebabnya korang susah nak move on. Tak mengapa, ambil la masa untuk korang benar-benar boleh melupakan. Ingat, korang pun berhak bahagia tau.

Sumber: IDN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my