D-Life

Kenapa korang tak boleh masak guna minyak yang sama?

Oleh  | 

SEBENARNYA ramai je yang guna minyak goreng berulang kali bila memasak. Mungkin sebab malas nak tukar minyak. Mungkin juga sebab nak jimat.

Apapun alasannya, habit macam ini sebenarnya sangat berbahaya. Namun tak ramai yang mengetahui keburukan yang bakal ditanggung jika guna minyak yang sama untuk menggoreng.

via GIPHY

Minyak mengandungi asam lemak yang menyerupai rantai mutiara. Ia akan terputus setiap kali dipanaskan. Jika minyak tersebut sering dipanaskan, maka sifatnya juga akan berubah. Selain itu, kandungan nutrisi yang terkandung di dalam minyak goreng juga akan hilang jika diteruskan secara berulang.

Maka, korang dinasihati untuk tidak menggunakan minyak berulang lebih dari tiga kali.

via GIPHY

Kalau korang betul-betul nak jimat, apakata korang guna teknik deep frying waktu goreng makanan. Ia mungkin akan memakan masa lebih lama terutama ketika korang mahu menggoreng dengan jumlah yang banyak, namun cara ini dilihat lebih sihat.

Ataupun, apa kata korang kurangkan aktiviti menggoreng. Gunakan kaedah macam pan frying, roasting atau grilling.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my