Serious?!

Kenapa mata orang Melayu warna coklat tapi Mat Saleh warna biru?

Oleh  | 

PERNAH tak korang tengok satu filem barat yang dibintangi oleh pelakon Hollywood, tiba-tiba korang terpandang mata diorang dan membuat korang terfikir kenapa mata mereka warna biru tapi mata kita semua kebanyakannya warna coklat atau hitam?

Ada yang rasa kalau warna mata kita lain sikit macam warna hazel, biru, atau kelabu akan membuatkan kita nampak lebih cantik dan cool. Sebab itulah ada yang mengumpul lens pelbagai warna untuk menambah seri pada wajah mereka. Tapi apa sebabnya warna mata kita ini berbeza-beza ya? Ha, silalah baca artikel ini sampai habis tau.

via GIPHY

Sebenarnya warna mata kita ini ditentukan oleh jumlah melanin yang ada dekat iris mata. Bukan itu sahaja, frekuensi hamburan cahaya pun sebenarnya mempengaruhi warna anak mata sama ada lebih terang atau lebih gelap.

Penelitian menunjukkan orang bermata biru ini dipengaruhi oleh genetik nenek moyang mereka yang juga mempunyai warna anak mata yang sama. Kalau keturunan kita tak ada genetik anak mata warna biru, maka kecil la potensi korang untuk memiliki mata ala-ala Cameron Diaz.

Satu benda yang korang kena tahu ialah, kalau seseorang itu memang lahir dengan warna mata biru, warna itu pun boleh berubah tau bila dia meningkat dewasa jika berlaku berubahan pada melanin mata.

via GIPHY

Ala, warna coklat macam kita ni pun cantik la sebenarnya. 79 peratus manusia dekat muka bumi ini pun warna coklat. Kebanyakan mata coklat selalunya komuniti Asia Timur, Asia Tenggara dan Afrika.

Baiklah, sekarang korang pun dah tahu kenapa benda ini terjadi, kan? Lepas ini tak adalah korang tertanya-tanya kenapa warna mata korang tak sama macam artis dalam filem barat. Kalau korang teringin ada ada anak mata macam itu, beli je la lens. Hihi.

via GIPHY

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my