Serious?!

“Kenapa, Nak? Takut ke?” Misteri duit syiling terjawab, nenek tua ikut balik

Oleh  | 

KALAU sebelum ini sis pernah kongsikan cerita patung Annabelle yang  mengganggu seorang budak di Sarawak, kali ini kita nak bercerita tentang kejadian misteri yang menimpa seorang pengguna Twitter yang bernama As apabila sekeping duit syiling 50 sen dilihat selalu muncul di hadapannya. Team Dhia mula menghubungi Ash untuk mendapatkan kisah lanjut pengalaman Ash tentang nenek yang mengekorinya sebelum ini.

Insiden ini bermula semenjak bulan 5 tahun ini apabila dia mula bermimpi perempuan berpakaian baju pengantin yang sudah koyak rabak dan kotor. Bila terjaga dan ingin mengambil wuduk, Ash ternampak seorang nenek bongkok di dalam bilik airnya.

BACA:Kisah seram! Misteri pusat beli-belah berhantu

Diekori nenek berbongkok

Selain diekori, Ash pernah mengalami minpi diterkam nenek berbongkok tersebut. Apabila terjaga, alangkah terkejutnya Ash apabila dia sedang terapung!

Kenapa Nak, takut ke?

Kisah seram Ash berlanjutan apabila suatu hari dia lepak di dalam kereta seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang berdehem dan ketawa. Setelah dicari, tiada orang lain pula di situ. Habis tu, mana datangnya bunyi tadi?

Lebih menyeramkan apabila entah dari mana ada suara nenek tua menegurnya dari belakang

“Kenapa Nak, Takut ke?” sambil diiringi dengan gelak ketawa.

Kenapa duit syiling ni?

Punca kejadian ini akhirnya terjawab apabila pada suatu hari sewaktu mengira duit syiling. Ash tersedar sebuah duit syiling lima puluh sen yang pernah diberikan kepada orang lain kini berada disimpanannya.

Menurut Ash, dia kini bakal berjumpa dengan seseorang untuk menghantar kembali ‘duit syiling’ itu ke alamnya yang sebenar.

BACA:Lelaki ini bongkar misteri entiti dalam rumah kosong di Kedah

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my