Serious?!

Kenapa Orang Dewasa Masih Layan Kartun

Oleh  | 

SELALU sis nampak bila ada cerita kartun keluar dekat wayang masih banyak penonton yang rata-rata adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak dan remaja sahaja.

Bukan itu sahaja, di sosial media pun selalu sis nampak orang dewasa demand untuk stesen TV kembali tayang kartun kegemaran diorang masa kecik dulu.

Tapi benda ni normal dan tak ada yang pelik pun dan banyak sebab kenapa kartun masih lagi relevan untuk golongan dewasa.

Lari Dari Realiti

Cerita kartun biasanya adalah sebuah cerita yang penuh dengan imaginasi dan selalunya tidak real berbanding dunia yang sebenar. Penghasilan kartun memang untuk memisahkan kita dari dunia realiti dan berimaginasi buat sementara.

Ini membantu golongan dewasa untuk berimaginasi dan berhenti berfikir tentang keserabutan yang dihadapi di dunia nyata.

Mesej Yang Mudah dan Berkaitan

Mesej dalam kartun kebanyakkannya sangat mudah difahami dan tidak perlu untuk kita berfikir panjang. Ianya juga membantu kita dalam kehidupan kerana dalam mesej yang disampaikan adalah sebagai motivasi untuk melalui hari yang mendatang.

Contohnya macam filem Inside Out, yang sangat berkaitan dengan golongan dewasa apabila menyentuh isu emosi dan perasaan di dalam diri kita. Filem ni motivasikan kita supaya cuba untuk kenali emosi kita dan memahami keindahan sebuah memori.

Mengimbau Kenangan

Golongan dewasa selalunya menonton cerita kartun kerana ingin mengimbau kenangan menontonnya ketika waktu kecil. Biasanya sis akan menonton cerita kartun lama seperti SpongeBob SquarePants ataupun Doraemon sebabkan kartun tu yang biasa sis tengok masa dulu-dulu.

Menghilangkan Stress

Cerita kartun adalah salah satu medium untuk korang menghilangkan stress. Biasa lah korang yang dah penat berkerja atau yang dah penat study tu mesti perlukan hiburan yang simple dan tidak memeningkan kepala.

Ianya mampu membantu mengurangkan stress dan membantu mental korang lebih cerdas dan menambah idea.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my