D-Life

Kenapa orang makan popcorn dalam wayang?

Oleh  | 

SATU hari sis ajak kawan-kawan pergi tengok wayang. Tengah beratur nak beli popcorn tu, barulah sel di otak sis berhubung membuatkan sis bertanya kepada diri sendiri

“Eh, macam mana popcorn ni boleh wujud dekat wayang?”

Selepas cari sumber yang patut, maka sis pun nak berkongsilah juga kepandaian sis kepada korang semua. Sis pasti korang semua mesti pernah jejak panggung wayang, kan?

via GIPHY

Awal-awal dulu wayang ni memang tempat yang dikhaskan untuk menonton cerita sahaja tau. Maksudnya, makanan pun tak dibenarkan untuk di bawa masuk ke dalam wayang. Lepas tu pula, wayang memang untuk golongan bangsawan. Bunyi orang mengunyah makanan boleh menyebabkan bising. Antara sebab lain tak boleh bawa makanan ialah pemilih panggung takut makanan yang dibawa penonton akan mengotorkan karpet diorang.

Peniaga popcorn biasanya akan jual makanan mereka kepada pengunjung yang sedang beratur sebelum masuk ke dalam panggung. Tapi ramai pula yang curi-curi bawa popcorn masuk ke dalam wayang. Jadi, pengusaha panggung mula sewakan ruang lobi untuk peniaga meniaga popcorn.

via GIPHY

Lama kelamaan, makin ramai pula yang datang ke pawagam. Ha, mereka pun apalagi, mulalah jual popcorn mereka sendiri tanpa menggunakan orang tengah. Contohnya panggung wayang di Dallas mula jual popcorn dekat 80 panggung wayang dan kecualikan 5 panggung wayang milinya. Kononnya nak buat jadi eksklusif.

Lepas tu, keuntungan melonjak naik gila dekat panggung wayang yang ada popcorn. Apa jadi dengan wayang yang tak ada popcorn? lingkuplah sis. Sejak hari itu, popcorn menjadi benda penting dan wajib setiap kali tengok wayang.

via GIPHY

Ha, jadi itulah sejarahnya. Siapa nak belanja sis popcorn?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my