D-Life

Kenapa orang muda, aktif bersukan, boleh terkena serangan jantung?

Oleh  | 

RATA-rata terkejut dengan pemergian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada usia 40 tahun. Bukan apa, kalau kita tengok Instagram, semua orang tahu bahawa pelakon Gol & Gincu itu sangat suka bersukan apalagi melakukan aktiviti di gym.

BACA:Pemergian Ashraf Sinclair dirasai, warganet berduka di Twitter

Jadi, kenapa orang muda yang aktif bersukan pun boleh terkena serangan jantung?

Sebenarnya dalam sebuah kajian pada April 2019 menyatakan  serangan jantung bagi mereka yang berusia 40 tahun kebawah sudah semakin meningkat. Ini berbeza dengan pola sakit jantung yang dahulunya menyerang golongan berumur 50 hingga 65 tahun.

Menurut pakar jantung Luke Laffin, ada tiga sebab utama yang boleh mempengaruhi seseorang terkena serangan jantung dalam usia yang muda. Pertama, ia mungkin disebabkan oleh pola makanan seperti terlalu banyak makan sejuk beku. Kedua obesiti termasuklah skinny fat. Ketiga gaya hidup pasif untuk melakukan aktiviti melibatkan fizikal.

Manakala Dr Ratih Fabriani berpendapat memang ramai pesakitnya yang nampak sihat dan tidak memiliki penyakit keturunan namun mengalami masalah jantung. Makanan dan minuman yang berlebihan juga boleh menyebabkan serangan jantung.

Bersenam bukan bermaksud tak kena serangan jantung

Doktor itu juga mejelaskan walaupun seseorang itu bersukan dan bersenam. Ia tidak cukup untuk menyelamatkan orang daripada terkena serangan jantung. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan akan mengenalpasti tahap kolestrol, gula, tekanan darah dan keadaan pembuluh darah.

Lelaki lebih berisiko terkena serangan jantung. Ini kerana perempuan mengalami period dan menghasilkan hormon estrogen yang boleh melindungi pembuluh darah. Jadi, jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat tau!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my