Inspirasi Dhia

Kenapa perempuan nak cantik seperti Priyanka Chopra?!

Oleh  | 

PERNAH memenangi Miss World 2000, Priyanka Chopra antara contoh perempuan cantik yang wujud dekat atas muka bumi ini. Ambil la gambar dari sisi yang manapun. Ia tetap nampak cantik dan menawan. Tapi, siapa sangka Priyanka juga pernah berdepan dengan situasi tidak yakin diri sama seperti kita semua.

Kalau korang nak tahu, usia 20 tahun adalah masa dimana Priyanka selalu berdepan dengan masalah tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri. Lama juga dia berada di dalam situasi itu. Hanya selepas dia menginjak usia 30 tahun, barulah prinyanka belajar untuk yakin dengan diri sendiri.

Sebenarnya nak yakin dengan diri pun memerlukan masa tau. 10 tahun dia belajar untuk yakin dengan diri sendiri dan ia benda yang dipelajari dari waktu ke waktu. Dia selalu bercakap depan cermin dan meyakinkan diri sendiri bahawa dia dah lakukan banyak benda hebat.

“Rasa yakin itu datang bila kita dah mahir buat sesuatu perkara,”

Isteri kepada Nick Jonas itu pun menekankan betapa pentingnya untuk rasa bahagia. Kita kena balajar untuk rasa gembira walaupun dengan perkara kecil macam makanan kesukaan, produk muka, atau jumpa orang yang korang sayang.

Prinyanka juga ada kongsi antara rutin yang dia biasa buat setiap hari.

Sunblock

Priyanka tak pernah keluar rumah tanpa pakai sunblock.

Basuh make up betul-betul

Tidur dengan make up yang masih melekat di muka adalah dosa besar bagi Priyanka. Benda ini sama juga dekat gigi. Kena berus sebelum tidur.

Pakai lipstick cerah

Prinyanka memang tak selalu bersolek. Maka dia akan mengenakan sedikit gincu warna merahdi bibirnya. Warna gincu boleh menyembunyikan wajah lesu korang. Jadi, walaupun penat, korang tetap nampak cantik.

Jaga makan

Apa yang badan kita makan adalah sumber yang penting untuk memberikan tubuh yang sihat. Priyanka selalu bawa air minuman sendiri supaya dapat diminum setiap masa. Jangan lupa nak jaga makan dan dapat tidur yang cukup.

Jadi begitulah antara yang dikongsikan pelakon itu. Jadi, apa tunggu lagi. Maih sempat untuk ubah gaya hidup kita beramai-ramai.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my