Dhia Glam

Kenapa wanita cantik kerabat raja tak pakai baju warna ini?

Oleh  | 

BILA dah jadi sebahagian daripada keluarga diraja ni, memang mata akan tertumpu kepada kamu. Apalagi dengan gaya dan cara kamu berpakaian. Ia akan selalu menjadi pemerhatian para pengkitik fesyen.

Ratu Elizabeth kerap menerima pujian dengan menggayakan pakaian yang bewarna cerah. Manakala Kate dan Meghan pula pula dilihat lebih kerap mengenakan busana bewarna lembut dan pastel.

FOTO: StyleCaster

Namun, ada satu warna yang tidak pernah dipakai  The Duchess of Sussex dan Duchess of Cambridge sewaktu berada di khalayak ramai. Nak tahu apa? Warna terebut ialah warna oren.

Ada banyak teori tentang kenapa wanita cantik ini tidak suka memakai warna oren. Ada yang berpendapat Kate dan Meghan cuba menghindari memakai warna yang dipakai ratu memandangkan beliau gemar memilih warna cerah termasuk oren.

Menurut Harperz Bazaar pula, oren tidak menjadi pilihan Kate dan Meghan memandangkan mereka tidak mahu menjadi pusat perhatian ketika berada di khalayak ramai terutama apabila bergandingan dengan ratu.

Menurut menantu Ratu Elizabeth iaitu Sophie Helen, ratu selalu memakai topi warna cerah  agar dapat dilihat oleh orang. Warna kelam seperti krim, dilihat terlalu membosankan untuk ratu.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my